‘Makcik Petir’ Pelakon Veteran Kritikal

Kalau kelmarin kita dikejutkan dengan berita pengacara dan personaliti televisyen, Datuk Mahadzir Lokman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota keluarganya.

Hari ini pula sekali lagi kita menerima berita sedih tentang seorang pelakon veteran wanita, Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai ‘Makcik Petir’ yang kini dalam keadaan kritikal akibat daripada jangkitan kuman di paru-paru.

Berita sedih ini dikongsi oleh anak saudaranya sendiri iaitu pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin menerusi akaun Facebooknya.

“Saya mohon sahabat FB saya mendoakan semoga Allah permudahkan segala galanya untuk makcik saya, makcik Petir, Makcik Isabella, Makcik Marry aka Noryati Taib yg sedang berada di dalam keadaan kritikal akibat dari jangkitan kuman di paru paru . Mohon diberikan kekuatan untuk keluarganya terutama Pak Uda saya Hashim Bin Mohd Yusoff dan anak anak beliau.­

 

*Abam nak balikkk… Uda tunggu ezad ek. Tunggu tau…?,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Shahrulezad juga telah mendoakan agar Noryati segera sembuh.

IKLAN

AiYeen Haiqal: Minat ngn makcik petir ni..Mudaha Allah sembuhkan beliau segera

Adilla Hasnan: Semoga dipedmudahkan segala urusan beliau dan semoga cpt sembuh. ? pelakon fav nihhh

Junaidah Bal: Suka sgt lakonan mcik petir ni…semoga makcik dipelihara Allah dan dikembalikan kesihatan yg afiat.dan dipermudahkan.segalanya..

Chua Pei Yong: Semoga Mak Cik Petir diberikan kesembuhan.

IKLAN

Menurut sumber lain pula, Noryati kini berada dalam keadaan koma selepas dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor tengahari semalam.

Shahrulezad juga memberitahu, pada awalnya Noryati ada mendapatkan rawatan di hospital kerana bacaan gula yang tinggi disebabkan oleh penyakit kencing manisnya. Namun begitu selepas dia pulang kerumah, diamengalami sesak nafas dan terpaksa dibawa semula ke hospital.

“Namun keadaannya bertambah teruk dan doktor terpaksa membiarkan dia koma dan sekarang keadaannya sedang kritikal,” ujarnya kepada Kosmo!.

Kami di MH Online juga turut bersedih selepas mengetahui berita tentang Noryati dan mendoakan agar beliau kembali pulih seperti sediakala. Diharapkan juga seluruh ahli keluarganya sabar dan tabah dengan dugaan ini.

Sumber: Facebook Shahrulezad Mohameddin & Kosmo!