“Mak Kata Allah Hantar 5 Orang Jumpa Dia, Lepas Tu Mak Tadah Tangan…,” – Sheila Mambo Berdoa Diangat Azab Kesakitan Ibu, Diganti Dengan Kesembuhan

Share

Selepas memaklumkan mengenai kemerosotan kesihatan ibunya, Aishah Nyak Dam beberapa hari lalu, kini pelakon senior, Sheila Mambo merakam rasa lega apabila ibunya sudah menunjukkan perkembangan yang baik.

Kongsinya menerusi Instagram, kaki dan tangan ibunya yang berusia 79 tahun itu sudah boleh bergerak.

“Alhamdulillah mak dah menunjukan perkembangan yg baik. Kaki dn tangan dh blh gerak sikit. Tapi mak ckp pd adek perempuan bongsu semalam lepas bg susu, mak kata Allah hantar 5 org jumpa dia.

“Lepas tu mak tadah tangan berdoa ‘semoga Allah ampunkan dosa anak. Adek dh sedih. Dalam perjuang sakit pneumonia’ mak msh ingat anak2,” tulis Sheila.

Pada masa sama, dia turut berdoa agar ibunya kembali pulih seperti biasa dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang turut mendoakan kesihatan ibunya itu.

“SubhanAllah semoga Allah SWT angkat azab kesakitan mak dan digantikan dgn kesembuhan. Setiap kali kami ngaji mak akn angkat tangan aamiin.

“Terima kaseh pd semua teman2 jauh dekat dn fan ig/ fb yg turut mendoakan utk mak. Asbab doa kalian kesembuhan mak (hak Allah dimakbukan) InshAllah semoga Allah balas dgn hal yg baik2 didunia dn akhirat pd kalian semua,” kongsinya panjang lebar.

Semoga kesihatan ibu pelakon Andainya Takdir 2 ini bertambah-tambah baik selepas ini, Amin…

Foto: Instagram Sheila Mambo

IKLAN