“Mak Dengan Bakal Menantu Macam…,”- Rai Hari Jadi Bersama, Zara Zya Dipeluk Mesra Ibu Hafreez Adam

Share

Pelakon Hafreez Adam telah meraikan ulang tahun kelahiran ke-29 tahun, malam tadi.

Hal tersebut dikongsikan bintang Hero Remaja 2011/12 itu di Instagramnya yang dikemas kini.

“This is how I wrapped up my birthday! With family. Thank you guys for all the wishes. Terima kasih untuk semua doa-doa kalian. May Allah bless all of you.

“P/s : yang penting, mak dengan bakal menantu macam tak boleh renggang dah,” tulis pemilik nama penuh Hafreez Adam Aizat Zahalan jujur.

Melihat dengan lebih jelas terhadap foto yang dimuat naik itu, kelihatan kelibat ‘teman istimewanya’, Zara Zya turut sama menghadiri majlis hari jadinya.

Tambah manis, apabila ibu Hafreez bagaikan akrab dengan bintang berkenaan.

Sebelum ini, bintang utama drama rantaian, Pia itu pernah membuat kejutan dengan menyarungkan maskot beruang sempena hari jadi Hafreez, tahun lalu.

Foto : Instagram Hafreez Adam.

IKLAN