“Majority Ke Private Hospital, Tak Tahu Dari Mana Allah Bagi Rezeki,” – Sambut Bayi Ke-20, Iesya Toh Terus Komited Bantu Remaja Hamil Luar Nikah

Share

Pengacara, Iesya Toh meluahkan rasa syukur apabila usahanya untuk membantu para remaja hamil luar nikah sering kali dipermudahkan.

Jelas Iesya, dia sendiri tidak menyangka sehingga kini dia telah pun membantu untuk menyambut kelahiran lebih 20 orang bayi.

Katanya lagi, meskipun harus menguruskan segala proses tersebut seorang diri, namun, Iesya mendedahkan dia tetap akan memberikan yang terbaik buat para ibu dan bayi-bayi tersebut.

“Alhamdulilah semuanya dengan izin Allah. Bermula dengan seorang dua baby, hari ni genap 20 babies. Dan ada lagi yang whatsapp sedang hamil.

“Percaya tak, dari mula Sya uruskan sendiri tanpa pembantu. Smpai ke labour room Sya teman gadis-gadis hamil ni. Tiada sebarang bantuan atau dana. Majority ke private hospital. Tak tahu dari mana Allah bagi rezeki. Ada saja untuk bantu mereka ni,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Iesya menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Iesya turut menyeru kepada para gadis di luar sana untuk tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu teman lelaki terutamanya bila melibatkan soal kehormatan diri.

“Alhamdulilah Alhamdulilah sekarang ni mama @ermafatima sudi bkerjasama. Terasa semakin besar family ni. Syukur alhamdulilah. Ni antara wajah-wajah baby kesayangan mami Sya.

“Adik-adik yang sedang bercinta, please jaga laa maruah diri. Percaya laa cakap kak Sya, menyesal bile terjadi. Family tersisih, boyfriend perlahan-lahan baran dan hilang. Hujung-hujung anda seorang diri,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Iesya turut memaklumkan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan berhubung masalah seperti ini, mereka boleh sahaja menghubunginya pada talian yang tertera.

“Bagi yang sedang kesulitan, jangan segan untuk whatsapp Kak Sya. Again I’m here to help, not to judge 0193909606 (manager)

“Hanya untuk gadis hamil. Bagi yang nak ambil anak angkat, buat masa ni semua babies Sya dah bersama family angkat masing-masing. Kalau ada yang baru, Sya akan update ya,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga segala urusan Iesya dalam membantu para gadis ini akan sentiasa dipermudahkan.

“Syabas dan Alhamdulillah Sis Iesya kerana membantu mereka. Seronok tengok bayi. Best kalau diorang ada dekat Singapore ni. Siapa tahu boleh ambil sebagai anak angkat.

“Alhamdulillah. Tahniah, Semoga dipermudahkan segala urusan.

“MasyaAllah, comel-comel semuanya. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan.

“Semoga Allah memberkati segala jasa baik dan niat sis,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sumber: Instagram Iesya Toh

IKLAN