Majlis Ilmu Di Rumah Tya Arifin & Asyraf Khalid Dihadiri Rakan Selebriti, Sesi Usrah Bersama Ustaz Wadi Annuar

Share

Pasangan usahawan, Asyraf Khalid bersama isterinya yang juga pelakon, Tya Arifin menjadi tuan rumah bagi sebuah majlis ilmu yang diadakan di kediaman mereka, baru-baru ini.

Antara selebriti yang dilihat hadir ke majlis ilmu berkenaan ialah Neelofa yang hadir bersama suaminya, Haris Ismail, Abby Abadi, Linda Rafar, Datin Fouziah Ghouse, Izara Aishah dan ramai lagi.

Malah Datuk Seri Siti Nurhaliza turut sama-sama menghadiri majlis ilmu yang menyaksikan Wadi Anuar sebagai penceramah.

Video pendek serta foto pada majlis sama turut dikongsikan para selebriti yang hadiri bersama coretan indah yang disertakan.

Artikel Berkaitan;

“Kalau Bukan Diri Saya, Memang Tak Kan Buat,” – Isu ‘Founder’ Viral, Menurut Tya Arifin…

“Hari Ini Kita Kena Relakan Dia,” – Tya Arifin Sedih Melepaskan Kereta Lama, Suami Sebak Sama

Tya menerusi Instagram turut memuat naik sedutan siaran langsung (IG Live) ketika sesi tersebut berjalan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN