“Majlis Gilang Gemilang Tak Penting, Yang Penting…,” – Padat, Win Betul Sampai Tersedar Kata Suami Mila Jirin Sempena Hari Jadi

Share

Lantas, bekas juara Akademi Fantasia Musim 5 itu telah berkongsi beberapa keping foto di akaun Instagrammya. 

Lebih menarik lagi apabila suami tercinta, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha telah memberi kata-kata hikmat buat isteri tersayang. 

“Suami saya beritahu 1 perkara 

& buatkan saya tersedar:

“Bukan majlis gilang gemilang utk sambut ulang tahun yg kita nak adakan tapi sentiasa mohon doa dan panjatkan kesyukuran pd ALLAH atas nikmat yg dipinjamkan.. saya menagis lgi.. BENAR!! Nikmat Allah yg mana yg nak kita dustakan? Terkadang diri ni terlalu ikut budaya dan style org zaman skrg.. sambutan gilang gemilang hingga LUPA pnjatkan kesyukuran.. Allahuuuu menitik air mata sampi lembam mata, tulisnya di ruangan kapsyen.

Gambar tersebut melihatkan kemesraan Mila dan keluarga kecilnya itu. 

Menerusi ruangan komen pula,netizen turut mendoakan kesejahteraan usahawan majlis perancang perkahwinan itu.

Untuk rekod, Mila dan suami medirikan rumah tangga pada Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Arif Zikri kini berusia 1 tahun 7 bulan. 

Apa-apa pun MH ucapkan selamat hari lahir,Mila!

Foto : IG Mila Jirin 

IKLAN