“Maira Darda Farisa,” – Genap Usia 7 Hari, Abby Dedah Nama Bayi

Share

Abby Abadi akhirnya berkongsi nama bayi yang dijaganya buat sementara waktu sementara menantikan ada pihak yang sudi mengambilnya sebagai permata hati, hari ini.

Kongsi bintang Gerak Khas itu, nama yang diberikan mempunyai elemen kelembutan biar ia terus dibawanya hingga besar nanti.

“Assalamualaikum… Haii Semua Uncles Auntys. Hari ke 4 Mama berpantang sangat dan Hari ke 7 utk Saya yey!

“Dah ada nama, MAIRA DARDA FARISA.

“Maira- Bulan

Darda-Mutiara Kebijaksanaan

Farisa- Pengemudi Mahir

“Mama Abah @jaiezzany bagi nama lembut2 je kat Darda.. biar segala sifatnya penuh kelembutan seindah namanya bila besar nanti . Abang2 Kakak2 setuju je k. Ikut Mama hee,” kongsi Abby.

Pada masa sama, bintang ini turut berkongsi keadaan bayinya kini berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Dah tercabut tali pusatnya malam hari ke5. Dan setakat harini Alhamdullillah, baby Darda tak kena kuningpun.

“Sihat2 sahaja. Sekian laporan dari Mamanya. Sambung nanti,” akhiri Abby.

Serentak dengan perkongsian itu, para peminat turut memberikan reaksi terhadap nama indah yang diberikan buat bayi perempuan comel berkenaan.

Terdahulu, Abby buat masa memaklumkan dia akan menjadi penjaga Darda sementara waktu dan hanya akan membuat keputusan menyerahkan bayi comel itu selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Foto: Instagram Abby Abadi

IKLAN