Pelakon yang juga pengusaha fesyen, Nurin Afiqah yang kini tampil dengan koleksi baharu di bawah jenama Nada Identity iaitu Summer To Remember menjelaskan ia merupakan cetusan idea yang diterjemahkan kepada pengalamannnya ketika berada di negara orang.
Nurin Afiqah atau nama sebenarnya, Nurin Afiqah Zulkifli, 27, berkata dia mahukan sesuatu yang istimewa, mengenangkan kecintaan yang tinggi terhadap dunia fesyen dan kecantikan.
Malah graduan lulusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini juga mahu memastikan pelanggan mencapai kepuasan terbaik terhadap koleksi baharunya itu.
“Apa yang boleh saya simpulkan, Summer To Remember ialah rangkuman daripada pengalaman saya sewaktu melancong ke Eropah sebelum ini. Kebetulan musim panas jatuh pada bulan hari jadi saya iaitu bulan Julai.
“Jadi mengapa tidak untuk saya jadikan momen tersebut sebagai kenangan yang lebih bermakna. Sebab kalau kita tengok, musim panas di Eropah sangat cantik dengan warna warni bunga-bungaan.
Ads
“Secara langsung, ia memberi inspirasi untuk saya terjemahkan ia terhadap koleksi ini dengan lebih ramai pelanggan di luar sana. Besar harapan saya agar koleksi ini dapat diterima ramai,” katanya.
Nurin Afiqah yang turut dikenali sebagai personaliti media sosial ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Summer To Remember di Majestic Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Koleksi yang hadir dengan tiga jenis material dalam satu koleksi ini juga sekaligus mencerminkan imej baharu Nada Identity yang lebih matang meski masih mengekalkan konsep floral.
“Koleksi ini saya anggap sebagai permulaan dan wajah baharu untuk Nada yang lebih matang, sesuai untuk wanita bekerjaya.
Ads
“Buat pertama kalinya juga, kami keluarkan tujuh penampilan berbeza dalam masa satu bulan. Terdapat tiga jenis material iaitu denim, pleated floral dan cotton.
“Yang penting, kesemuanya berkonsepkan floral bagi memberikan nuansa musim panas,” katanya lagi.
Mengulas mengenai perancangan masa depan Nada Identity, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini optimis untuk mengembangkan bisnes yang diusahakan.
“Buat masa ini kami hanya ada showroom, namun matlamat saya ialah untuk membuka butik sendiri. Insya-Allah pada tahun hadapan,” katanya yang turut memaklumkan, ‘pop-up store’ Nada akan dibuka di KLCC, Ogos ini.
Pada majlis sama, Nurin Afiqah turut diraikan bersempena dengan hari jadi sambil disaksikan tetamu yang hadir seperti Sophia AlBarakbah, Aprena Manrose, Che Puan Syamim, Shaza Bae dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous meluahkan raysa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah memberinya kesempatan untuk menghatam Al-Quran di bulan Ramadan yang mulia ini.
Tambah menggembirakan apabila Fouziah difahamkan berjaya menghabiskan bacaannya itu pada hari sambutan Nuzul Quran.
Menurut Fouziah, dia juga ingin menitipkan ucapan terima kasih buat gurunya yang telah membimbingnya sepanjang proses tersebut berlangsung.
“Dengan Izin Allah SWT seperti yang dihajatkan untuk Khatam di Ramadhan dan Nuzul Quran di makbulkanNya. Official khatam bersama Ustazah Fadzilah .
“Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya. Sanggup drive datang rumah, sanggup layan mengaji dalam phone selama sejam, sanggup korbankan tidur, sanggup ikut masa saya dan banyak lagi.
“One picture for my feed untuk kenangan yang paling indah dalam hidup. Segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH,” tulisnya.
Khabar gembira tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi posting terkini di laman Instgram.
Dalam pada itu, Fouziah turut menyifatkan kejayaan tersebut sebagai salah satu kenangan paling indah di dalam hidupnya selama ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut menyifatkan kejayaan Fouziah ini sebagai pembakar semangat buat mereka yang sedang berusaha untuk menghatam Al-Quran di bulan Ramadan ini.
Sumber: Instagram Fouziah Gous
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah sekian lama berehat, Sepahtu Reunion Live akhirnya tampil dengan musim terbaru.
Masih mengekalkan barisan pelawak yang sama seperti Jep, Syuk, Rahim, Ilya serta barisan cameo jemputan, Sepahtu Reunion Live kini tampil dengan sedikit kelainan apabila mereka dikatakan bakal beraksi tanpa kehadiran penonton dek kerana pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak Rabu.
Menurut Jep pula, apabila dia tahu mengenai perkara tersebut, ia secara tidak langsung memberikan pengalaman yang berbeza buat dirinya sepanjang bergelar pelawak.
“Bila dapat tahu #sepahtureunionlive Khamis ni kau kena buat lawak tanpa penonton…Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi takde bola,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan penyampai radio Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, ketika menjawab komen salah seorang individu, Jep memberitahu, membuat lawak ketika tiada penonton semasa sesi rakaman adalah berbeza jika ingin dibanding dengan persembahan secara langsung.
“Record dengan live banyak beza,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat seluruh tenaga kerja Sepatu Reunion Live selain turut tidak sabar nanti persembahan minggu pertama kumpulan tersebut.
Sepahtu Reunion Live bakal bersiaran setiap Khamis bermula malam ini secara eksklusif di Astro Warna (127) dan Warna HD (107) jam 9.00 malam.
Penyanyi Aina Abdul kini muncul dengan sebuah karya kerohanian berjudul Kembara Nabawi, ciptaan oleh Anep Otwo, Alan Otwo dan FJ Muzik dengan lirik sentuhan FJ Muzik juga.
Seperti judulnya, lagu serta penulisan karya ini mengangkat kisah perjuangan serta kehidupan tokoh junjungan besar umat Islam iaitu Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam.
“Untuk lagu ini saya, Anep Monosterio dan Alan Monosterio merasakan sesuatu yang luar biasa dari segi penyampaian serta vokal Aina.
“Ini kerana Aina mempunyai kebolehan menyampaikan lagu ini dengan penuh ikhlas sambil mampu menceritakan kisah di sebalik lirik tersebut.
“Dia penyanyi yang sangat luar biasa dan semestinya kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi yang sememangnya sangat dikenali di Malaysia,” ujar Anep Otwo.
Malah, untuk menghasilkan karya ini, terdapat beberapa rujukan yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
“Dari segi penulisan lagu ini, ia ditulis oleh FJ Muzik dan semua ini datangnya dari hasil membaca kisah Rasulullah SAW.
“Tapi dalam masa sama, agak susah untuk kami singkatkan dan menjadikannya sebuah lirik yang lengkap selain mahu setiap patah kata dalam lirik ini menjadi padat agar pendengar dapat merasai kisah di dalam lirik ini.
“Moga lagu serta penulisan ini akan membuatkan kami serba sedikit tahu secara ringkas tentang perjalanan dan kehidupan Nabi Muhammad SAW,” tambah Anep lagi.
Muzik video lagu ini juga telah dilancarkan bersama pada 8 Mac lalu dan Kembara Nabawi boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hubungan antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, difahamkan pernah melalui detik tegang apabila Ariz mendakwa, dia pernah menerima perintah injunksi pada Disember...