“Mahu Cuba Satu Hari Kalau Ada Peluang,” – Bella Dally Mahu Berbasikal Di Velodrom Pula, Ini Respon Azizul Hasni Awang Berikan

Share

Umum mengetahui, pelakon, Bella Dally sering isi masa bersama sukan berbasikal lebih-lebih lagi bila melibatkan aktiviti-aktiviti kayuhan jarak jauh.

Terbaru, Bella memaklumkan dirinya berasa amat teruja selepas bekesempatan untuk berkunjung ke Velodrom National Malaysia yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut Bella, sejak dari dulu lagi dia sememangnya mempunyai keinginan untuk belajar lebih mendalam mengenai aktiviti berbasikal di track andai diberikan kesempatan.

“I had the opportunity to visit a velodrome (cycle-racing track). I’ve always wanted to learn more about it, it gave me excitement and chills at the same time. It’s very steep!

“Like kalau jatuh ni memang sakiiiiit and confirm akan tergolek2. But I also feel like I want to try one day kalau ada chance. What do you think? Should I?,” tulisnya.

Pada masa sama, Bella turut mendedahkan dia sebenarnya berasa agak gementar lebih-lebih lagi bila memikirkan mengenai risiko yang akan ditanggung ketika melakukan aktiviti ini.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Miss Watch itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai termasuklah pelumba basikal track negara, Azizul Hasni Awang atau lebih sinonim dengan jolokan The Pocket Rocketman.

Menurut Azizul, aktiviti basikal track ini memang sepatutnya dicuba tanpa rasa ragu-ragu.

“Definitely a must try,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat Bella beraksi di atas velodrom tersebut.

Sumber: Instagram Bella Dally & Azizul Hasni Awang

IKLAN