Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.
Bagaimanapun, Hariesa memaklumkan dia dan pasangan masih sibuk dengan komitmen masing-masing dan belum membuat sebarang perbincangan untuk ke peringkat seterusnya.
“Umur saya sudah tidak muda lagi. Sudah tentu saya ingin berkahwin. Saya kini sedang menunggu rezeki dan waktu yang sesuai.
“Buat masa sekarang, saya belum merancang apa-apa lagi. Jika sudah tiba waktunya, insha-Allah saya akan berkongsi.
“Saya kini agak sibuk dengan jadual penggambaran yang back to back. Saya dan pasangan juga perlu meneliti segala hal sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Senyawa itu berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQiYI 2025 di EQ Kuala Lumpur, pada Selasa.
Ads
Belum Sedia Kongsi
Ditanya sama ada teman lelakinya itu daripada kalangan orang industri, Hariesa tetap dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi lanjut.
“Rasanya belum masanya lagi untuk saya berkongsi mengenai pasangan hidup saya. Kami belum bertunang dan masih berusaha mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Hariesa bagaimanapun akui untuk ke fasa yang lebih serius, perbincangan kedua belah pihak adalah penting.
Ads
“Perkara ini juga perlu dibincangkan terlebih dahulu. Saya tak kisah sama ada majlis tersebut besar atau kecil.
“Jika dikurniakan rezeki yang lebih, sudah tentu saya ingin mengadakan beberapa majlis resepsi,” katanya.
Terbuka bercerita soal kisah cinta, Hariesa tidak mahu jalinan hubungannya bersama si dia menjadi tanda tanya.
Ads
“Saya mahu orang mengenali saya sebagai pelakon dan memberikan fokus terhadap bakat saya.
“Lebih baik saya tidak terlalu hebahkan mengenai kisah peribadi saya.
“Cuma bila bercakap soal perkahwinan, sudah tentu saya mahu satu dunia tahu yang saya kini sedang di lamun cinta.
“InshaAllah, doakan yang baik-baik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Siti Hariesa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Saida Tarudin pada 18 Oktober memuat naik foto bersama anak sulungnya, Nyssa Ghazali bersempena dengan ulang tahun kelahiran puterinya iti yang ke-24.
Sambil menitipkan dedikasi, kakak kepada penyanyi kesayangan ramai Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mencecah usia 45 tahun itu turut berdoa moga permata hati menjadi anak yang berjaya dunia akhirat.
“Selamat Ulangtahun Sayang ibu @nyssaghzli. Ibu sentiasa doa kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat. Ibu sangat menyayangiMu,” tulisnya ringkas.
Lalu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya memuji penampilan mereka berdua.
“Cantiknya anak dara dia, mewarisi kecantikan ibunya,” puji peminat lainnya.
“Happy birthday Nysa, absolutely beautiful,” reaksi yang diberikan peminat.
“Anak rupanya. Dah macam adik kakak,” antara komen yang tertera.
“Dah nak sama tinggi dengan ibu. Selamat hari lahir anak ibu. Semoga diberikan kejayaan, dirahmati dan diberkati,” doa peminat lain pula.
Saida menerusi majalah Nona sebelum ini pernah berkongsi mendoakan agar Nyssa sukses dalam bidang yang diminatinya iaitu kecantikan, fesyen dan seni kreatif.
Menurut Saida lagi, dia dan Nyssa umpama sahabat baik dan bila berkesempatan isi masa bersama, mereka senang bersembang tentang kecantikan dan juga fesyen.
Sementara Nyssa pula menyifatkan ibunya seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan punya jiwa yang bersih.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Ain Edruce baru-baru ini meraikan ulang tahun kelahiran suami, Mohd Amirul Hafiz yang ke-30 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Sambutan itu turut disertai anak pasangan berkenaan, Soraya yang mana ketiga-tiganya sedondon berpakaian serba hitam pada majlis tersebut menerusi foto yang dikongsikan Ain di laman Instagram.
Menariknya, dalam ucapan untuk suaminya, Ain atau Nurulain Edruce, 32, secara berseloroh memberi amaran kepada Amirul agar tidak sesekali ‘tambah’ isteri.
“Welcome to 3 series Amirul Hafiz. Boleh dah kot tambah lagi satu… tambah anak. Bukan isteri ye.Love you Yol (Amirul),” tulis Ain di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Ain terhibur dengan ucapan yang diberikannya itu malah menyifatkan pasangan suami isteri ini sangat sempoi dan sentiasa ceria.
“Rasanya Amirul akan cakap dalam hati ‘layan yang seorang ini pun dah macam layan empat bini.Gurau, karang ada netizen yang over react pula.
“Suka tengok Ain dan suami. Celebrate ape pun bawa anak. Ada pasangan yang tak nak anak ganggu. Kesian anak. Untung Soraya dapat join Mummy Daddy dia dating.
“Lain maciamm.. Biasa tengok husband request tambah anak ni wife yang mintak tambah.
“Suka sangatttt tengok Ain and husband! Semoga bahagiaaaaaa sehingga ke syurga,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Ain dan Amirul berkahwin pada 13 Disember 2019.Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ummi Nazeera akui dirinya tidak mahir memasak dan masih dalam proses belajar.
Meski tidak begitu mahir, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah tidak malu untuk mengakui perkara tersebut bersama peminat.
“Tak ada lah baru start belajar, tetapi baru mula belajar resepi memasak lainnya sebab suami saya suka makanan yang sihat.
“Mungkin kerana dia doktor, jadi pastinya suami mahukan menu sihat untuk dijamah. Malah suami siap belikan buku resepi makanan sihat untuk saya.
“Lalu apabila suami makan masakan kita meski mungkin ia tidak berapa sedap, rasa seronok dan puas itu ada.
“Jadi secara tak langsung, ia membuatkan kita punya lebih semangat untuk memasak buat si dia,” katanya jujur.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini mengakui tak perlu rasa malu melainkan tiada rasa untuk mahu terus belajar.
“Saya tak malu kalau orang cakap saya tak pandai masak sebab kita perlu malu kalau kita tak mencuba. Saya tak malu sebab mencuba dan masih lagi belajar.
“Belajar itu adalah satu perkara yang baik. Jadi kenapa malu untuk belajar kan?,” jujur kata Ummi kepada MH.
Ummi berkata demikiancsejurus ditemui MH pada sidang media drama bersiri Suri Katriana yang berlangsung di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Drama bersiri tersebut turut dibintangi pelakon hebat seperti Nazim Othman, Ernie Zakri, Aishah Azman, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.
Suri Katriana bakal menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima & Prima HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Iera Milpan mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam menjaga pemakanan selepas menerima teguran mengenai bentuk badannya yang dilihat semakin berisi.
Menyedari impak visual terhadap...