Ads

Mahkamah Rayuan, Tolak Rayuan Shila Amzah Saman Wartawan

Semalam, Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh penyanyi Shila Amzah terhadap seorang wartawan hiburan dan dua yang lain.

Tiga anggota panel yang terdiri daripada Hakim David Wong Dak Wah, Abang Iskandar Abang Hashim dan Hasnah Mohammed Hashim telah sebulat suara menolak rayuan penyanyi tersebut.

Selaku pengerusi panel, Wong mendapati Hakim Mahkamah Tinggi, Rosnani Saub tidak melakukan kesilapan dalam menangani semua isu dalam penghakimannya.

Ads

Shila dan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment Bhd diperintah untuk membayar kos sebanyak RM20,000 kepada setiap responden.

Terdahulu pada 16 Januari 2015, Shila dan syarikatnya telah memfailkan saman terhadap responden yang mendakwa wartawan hiburan tersebut telah menulis artikel berunsur fitnah berkaitan dengan konsertnya ‘Live in Malaysia’.

Ads

Namun Pada 31 Mac yang lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah menolak saman Shila selepas mendapati kesemua defendan berjaya menunjukkan mereka mengguna pakai prinsip perlindungan bersyarat dan komen yang saksama.

Ads

Rentetan daripada samannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi membuatkan penyanyi ini mengambil keputusan untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Sumber : Bernama

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Teka-Teki Terjawab, Fazura Muncul ‘Catwalk’ Bersama Fatima… Sah Rakan Kolaborasi Eksklusif...

Aktres popular, Nur Fazura diumumkan sebagai rakan kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya 2026 keluaran jenama tekstil dan fesyen terkemuka, Jakel. Pengumuman tersebut dibuat pada acara...
error: Hello. Cannot.