“Macam Tu Je Dia Buat Member..,”- Sempat Bergurau Siapa Lagi Famous, Ramai Jealous Tengok Hairul Azreen Jumpa Marc Marquez

Share

Sepanjang minggu lalu, kesemua pelumba yang bersaing di kejohanan Moto GP Dunia telah berkampung di Litar Antarabangsa Sepang bersempena Grand Prix (GP) Malaysia 2022.

Lantaran itu, ramai diantara peminat sukan permotoran ini tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pelumba pujaan mereka beraksi.

Menerusi perkongsian video di Instagram, pelakon Hairul Azreen telah menarik perhatian ramai apabila dia berkesempatan untuk bertemu secara empat mata bersama juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez.

Malah, mereka juga sempat berbual ketika pertemuan singkat tersebut.

Belum sempat Hairul meminta pelumba asal Sepanyol untuk menyapa peminatnya di Instagram, Marquez mencelah dan menyatakan dia juga tahu yang Hairul merupakan seorang pelakon popular.

“Awak sebenarnya yang kena berkata sesuatu pada peminat saya. Saya tahu awak juga popular. Apapun, teruskan berjuang dalam apa juga yang awak lakukan,” kata Marquez.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan ada juga yang cemburu melihat perkongsian daripada suami kepada pelakon, Hanis Zalikha itu.

“Macam tu je dia buat member dengan Marquez.

“Ini level mahaguru.

“Okay jealous betul tengok.

“Bukan biasa-biasa ni mat.

“Begitu je borak dengan Marc,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Pada saingan yang berlangsung pada Ahad, pelumba Ducati, Francesco Bagnaia muncul sebagai juara.

Tempat kedua berjaya dimenangi oleh melumba Gresini Racing MotoGP, Enea Bastianini manakala pelumba Monster Enery Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo melengkapkan kedudukan podium ditempat ketiga.

Bagaimanapun, Marc Marquez terpaksa berpuas hati apabila sekadar meraih tempat ke-7.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Hairul Azreen

IKLAN