Pelakon Syatilla Melvin awal semalam ada berkongsi tips menyusu buat kaum ibu, khasnya bagi yang berpuasa di bulan Ramadan.
Perkongsian tersebut dibuat finalis Dewi Remaja 2010 itu menerusi sepotong video lalu dikongsikam menerusi Instagram miliknya.
Menerusi video berkenaan, Tilla antara lain memberitahu, seorang ibu yang menyusukam anak secara normal perlu amal pemakanan berkhasiat serta minum air dengan secukupnya.
Baru-baru ini, pengacara senior, Datuk Aznil Nawawi atau lebih sinonim disapa Pak Nil ada berkongsi sekeping foto bersama dua anak lelaki Allahyarham Imam Muda Miril yang telah pergi dijemput Illahi September tahun lalu.
Pertemuab secara tak sengaja itu berlaku saat hos terkenal itu mempromosikan jualannya di Bazaar Pak Nil di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur.
Allahyarham meninggal dunia akibat mengalami pendarahan di bahagian otak.
Imam Muda Miril atau nama sebenarnya, Amiril Md. Banin meninggal dunia pada usia 33 tahun dan merupakan peserta program berkenaan untuk musim pertama.
“Terserempak dgn anak2 arwah Imam Muda Miril di BazaarPaknil. Semoga Allah merahmati anak2 arwah. AlFatihah,” tulis Pak Nil ringkas sambil dedikasi sama turut diberikan oleh para pengikutnya.
Foto: Instagram Pak Nil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Awal tadi, penyanyi Fairuz Selamat ada berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi masalah kulit wajah yang alami jerawat yang teruk di Instagram.
Menurutnya, dia sudah mencuba pelbagai cara bagi mengurangkan yang dialami, termasuklah berpantang makan makanan laut selama bertahun-tahun lamanya, malah mengaku pernah jaga muka macam ‘orang gila’.
“Hari ni aku terpanggil untuk kongsikan kisah kulit aku. Masalah jerawat ni memang ada sejak sekolah menengah lagi. Dr yg kecil hingga besar. Cakap lah petua apa yg aku x cuba. Org cakap pantang makan itu ini, bertahun aku x makan seafood, jaga muka mcm org gila. Tp tetap jugak jerawat keluar.
“Masalah aku jerawat bukan yg kecil. Sekali keluar mmg besar dan bernanah2 dan jerawat tu mcm berada di bawah kulit. Kadang2 mata dia takde, jd dia akan bengkak berbulan2.
“Awal tahun haritu dia naik teruk balik. Gambar belah kiri tu adalah pada 2 Februari 2019. Dan belah kanan adalah pada 14 Mei 2019. Dalam tiga bulan punya perubahan. Ramai yg tanya apa aku buat.
“No ini bukan paid review. Ni perkongsian ikhlas. Apa yg aku buat adalah pergi dptkan rawatan pakar. Ramai org ckap pasal petua elak jerawat. Tp jujur sy ckp, tak semua paham masalah jerawat yang serious mcm ni.
“Tak semua tahu bagaimana siksanya nak menjaga itu dan ini tp ia masih x hilang. Dan! Tak semua jerawat sama ya! Petua dr saya sendiri, pakar jerawat. Ahahahah. Kalau anda betul2 ada jerawat serious, pasti kan tidur mencukupi.
“Kalau x cukup rehat, jerawat mmg senang tumbuh. Dan, elakkan/kurangkan makanan ini.
.
✏ Makanan bersusu. Teh ais. Teh tarik. Coklat. DLL
✏ Roti. Sebab ia mengandungi yis..
✏ Snek dan makanan ringan..
✏ Makanan bergoreng..
“Seterusnya, jumpalah pakar. Mcm saya sy pergi ke Klinik Ting jalan imbi. Perubahan sy lepas sebulan dah sangat baik. Dan saya akan teruskan sehingga dr tu ckp 98% masalah jerawat sy boleh dihentikan secara total,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang ini turut mengakui pengalaman lalu begitu banyak membantu.
“Saya bukan pakar kulit. Jauh sekali sy faham istilah perubatan berkenaan kulit ni. Tp sy percaya pengalaman membantu. Berbelas tahun sy hadap msalah ni, sy mngkin boleh beri sedikit pandangan yg mngkin boleh digunapakai.
“Kulit saya masih kekal tidak cantik. Berlubang3 dan bak kata kawan saya kalau semut lalu pun boleh terjatuh. Tp sy dh sgt bersyukur atleast masalah jerawat dh selesai. Cume mngkin lepasni kalau nak buat rawatan parut, tu sy pertimbangkan.
“Kalau korang ada kawan yg ada masalah jerawat. Tag la diorng or boleh dm saya kalau nak tau tentang apa yg saya buat utk dptkan kulit yg makin baik. Semoga bermanfaat,” kongsi Fairus panjang lebar.
Wow… nampaknya makin panas konflik hati melibatkan Mira lakonan Mimi Lana menerusi drama rantaian, Cari Aku Di Syurga yang bakal bersiaran untuk episod terbarunya jam 10.00 malam ini di TV3.
Mira yang sebelum ini masih ada rasa hati terhadap Anas (Aeril Zafriel) akhirnya terpaksa bersetuju untuk bertunang dengan cikgu Haikal lakonan Muaz Fitri atas kehendak ibunya sendiri.
Bagaimanapun pada episod terdahulu, Mira meminta ikatan tunang dianjakkan kepada suatu tarikh kerana dirinya masih belum bersedia, selain merasakan proses tersebut dilakukan secara tergesa-gesa.
Terkini menerusi Instagram, Mimi ada memuat naik satu babak episod drama itu yang merakamkan dirinya lari membawa diri dalam keadaan menangis sambil diperhatikan ibu dan bakal tunangnya itu.
Cari Aku Di Syurga yang bersiaran menerusi slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3 turut dilakonkan Janna Nick, Faria Farida dan ramai lagi.