“Macam Rozita Che Wan Tak?” – Gelagat Aaisyah Pakai Bulu Mata Cuit Hati Netizen, Tak Tumpah Macam Che Ta!

Share

Perkongsian video anak kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana mengenakan bulu mata begitu mencuit hati.

Malah, gelagatnya juga seakan-akan sama dengan si ibu yang cukup sinonim dengan bulu mata palsu.

Apatah lagi gelagat ala diva yang ditonjolkan dengan pertanyaan “macam @rozitachewan1 tak?” membuatkan netizen geli hati.

Ruang komen dipenuhi reaksi netizen yang terhibur dengan keletah si comel ini.

Untuk rekod, Rozita, 45 dan Zain, 34 mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 4.

Sementara Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki, Ammar Affendy, 22 dan Aniq Ezzra, 20, hasil perkahwinannya terdahulu.

Foto : Instagram Aaisyah Dhia Rana

IKLAN