“Macam Rockstar Perempuan,”- Pakai Bulu Mata Lentik Siap Mekap Bagai, Aepul Drama Band Dah Kenapa?

Share

Penyanyi dan vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza ada memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang memakai alat solek seperti perempuan.

Video yang dimuat naik di laman Instagram itu memperlihatkan Aepul mengenakan gincu, bulu mata palsu dan bedak asas yang tebal di wajahnya.

Hal tersebut telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah rakan artis

Bagaimanapun, memerusi video berkenaan, Aepul memberi tahu tujuannya berpakaian demikian adalah untuk pengambaran muzik video terbaru Drama Band bertajuk Drama.

Melihat, diruangan komen rata-rata peminat terkejut malah rakan artis turut berseloroh memberi nasihat Aepul yang juga merupakan suami kepada penyanyi, Leez AF .

Alahai, ingatkan apa lah tadi yang berlaku dekat Aepul ni. Pengambaran muzik video rupanya.

Terdahulu, penyanyi Tomok juga pernah melakukan hal yang sama menerusi muzik video Bekas Kekasih.

Sumber: Instagram Aepul Roza

IKLAN