Pelakon yang kecik molek ini telah memberi ucapan selamat pagi dan selamat bekerja kepada peminatnya.
Lantas, netizen terus memuji kecantikan dan keayuan wajah Sari. Malah, netizen juga turut berkata wajah Sari persis seperti anak patung atau ‘Barbie Doll’.
Ads
Ads
Wah! Memang cantik betul Sari, sama betul wajahnya dengan anak patung. Comel betul!
Ads
Apa-apa pun semoga Sari bahagia bersama keluarga tercinta dan sentiasa kekal menawan.
Untuk rekod, Sari Yanti telah berkahwin dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 dan telah dikurniakan satu cahaya mata bernama Dariya Inara , 9 bulan.
Foto : Instagram Sari Yanti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon KAMI The Movie, Liyana Jasmay mendapat komen pelbagai dari netizen gara-gara mengenakan ‘snowcap’ saat berliburan di London.
Malah, aktres itu turut berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.
Lebih ‘hangat’ komen yang diberikan netizen apabila mereka ternampak seperti helaian rambut yang jelas kelihatan menerusi salah satu foto yang dimuat naik.
Tidak berdiam diri, Liyana dilihat turut memberikan reaksi terhadap apa sahaja komen yang diberikan netizen, sama ada yang baik dan sebaliknya, termasuk imej mengenakan snowcap hingga menampakkan helaian rambutnya.
Foto: Instagram Liyana Jasmay
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mengalami episod cinta duka sebelum ini, selebriti serba boleh, Zulin Aziz ada memberikan pendapatnya mengenai cara terbaik yang boleh diamalkan untuk move on dari titik hitam yang pernah menimpa diri.
Malah, dia turut menerima pertanyaan sama dari pengguna media sosial lainnya menerusu teks peribadi.
Lalu, Zulin ada berkongsi sepotong video mengenai perkara itu, sekitar Disember lalu.
“100 kali tutup pintu bukak pintu tutup balik org ketuk org tutup sampailah waktu yg tepat kau xyah bukak pintu ..org tu bukak sendiri sbb dia dah ada kunci .#jodoh
sabar dan terus berdoa pada Allah sesungguhnya Allah sebaik2 perancang. Sekian dari ustazah zulin,” tulisnya.
Sementara dia antara lain di dalam video berkenaan pula berkata;
Assalamualaikum, ramai yang DM tanya saya macam mana cara Kak Zulin move on. Tengok saya gelak ‘hahaha’ macam tak ada masalah.
“Tapi hati saya Allah sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya katakan adalah manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Jadi saya selalu rasa begini. Bila dia pergi, saya percaya ada yang baik akan menggantikannya.
“Kalau saya tutup pintu hati saya, maksudnya saya tinggalkan kesan yang tidak baik di hati saya. Di mana perasaan akhir yang ada di hati saya adalah kekecewaan. Rugilah. Kita tak boleh tutup pintu hati kita. Kita buka pintu hati kita sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
“InsyaAllah, selepas dengan ujian Allah akan gantikan dan hadiahkan dengan kebahagiaan, InsyaAllah. Yang paling penting doa, tawakal, berserah, kuatkan iman kita pada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang baik,” jelas Zulin.
Foto: Instagram Zulin Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Fasha Sandha telah memuat naik satu video bersama dengan tunangnya, Aidil Aziz yang juga merupakan seorang pelakon.
Dalam video yang dimuat naik menerusi Instagram itu, Fasha Sandha imbas kenangan dia bersama Aidil Aziz ketika kali pertama dating.
“Takyah nak order banyak sangat.. sape nak makan? Ni la tempat pertama kali kami dating.. date apa? Tanya pakngah….dia berpeluh teruk masa tu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Sementara di ruangan komen pula, rata-rata peminat berdoa agar pasangan selebriti ini bakal melangkah ke fasa perkahwinan.
Pasangan ini telah bertunang pada 18 November 2018 yang lalu dan dijangka bakal melangsungkan majlis perkahwinan dipenghujung Februari atau Mac tahun ini.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.