Pelakon dan pengarah, Khir Rahman mendedahkan dirinya tidak mempunyai masalah sekiranya pihak stesen tv melantik sesiapa sahaja untuk menjadi juri bagi program pertandingan lawak meskipun tidak mempunyai pengalaman di dalam dunia komedi.
Bagaimanapun, Khir berpandangan mereka ini haruslah mempunyai sifat sedar diri dan ruang sebelum memberikan sebarang komentar.
“Yang menjadi keresahan saya bila menonton program pertandingan lawak sebelum ini, ada sesetengah jurinya yang bukan daripada dunia komedi.
“Contohnya bila pihak produksi melantik pemain bola untuk menjadi juri, hampir pastilah dia tiada pengalaman berada di atas pentas dan tak pernah belajar tentang apa itu komedi.
“Jadi, dia harus bercakap dalam kapasiti dan ruang dia sahaja. Sama ada dia terhibur atau tidak. Itu sahaja. Janganlah pula bagi tunjuk ajar untuk buat itu ini. Tak perlu. Ini bukan forte dia,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga tidak menafikan keperluan program-program lawak untuk menjemput para selebriti seperti penyanyi atau pelakon untuk menjadi juri agar penilaian itu dapat dibuat daripada sudut yang pelbagai.
Ads
“Saya tak kata ia salah. Saya sambut baik Ayda Jebat jadi juri bersama kami. Dia boleh memberikan penjurian daripada sudut lakonan, nyanyian atau persembahan pentas.
“Bagi kami mungkin tak kelakar tapi bagi dia kelakar. Masing-masing boleh bagi pandangan. Jadi, sedar ruang itu sangat penting. Kalau tidak, ia akan nampak kamu seperti mengajar tak kena tempat.
“Ayda boleh memberi pandangan daripada sudut mereka yang bukan pelawak. Setidak-tidaknya dia boleh bercakap mengenai citarasa penonton,” ujarnya lagi.
Khir berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Awesome Raja Lawak yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.
Selain Khir, program ini juga bakal dijurikan oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat serta pelawak lagenda, Saiful Apek.
Ads
Dalam pada itu, Khir turut merasakan para juri harus memberikan penilaian daripada segenap aspek agar potensi sebenar pelawak itu dapat dicungkil.
“Juri tidak boleh ada sikap yang merasakan mereka ini tidak boleh dikritik atau boleh sesuka hati memberikan keputusan hanya kerana mereka juri. Mereka bukan berkuasa penuh.
“Mereka ada tanggungjawab dan amanah untuk dilaksanakan. Juri ini bukan sekadar untuk menyingkirkan peserta, ada tugasan yang lebih penting.
Ads
“Kalau tak kelakar, kita cari potensi lainnya. Bukan main terus buang je. Mungkin peserta itu ada potensi tetapi pasangannya tidak kena.
“Ramai ingat penjurian ini dari sudut kelakar atau tidak sahaja. Kami kena bersama dengan pihak stesen tv untuk buat keputusan.
“Apapun, setiap manusia itu ada maruah. Kita boleh tegur mereka tapi bukan menghina. InsyaAllah kami akan cuba sehabis baik,” akhirinya.
Selepas hampir 9 tahun tiada penganjuran, Awesome Raja Lawak bakal bersiaran secara lansung di Studio FINAS, Hulu Kelang dan diturut disiarkan di Awesome TV pada setiap Rabu jam 9 malam mulai 7 September ini.
Seramai 14 peserta bakal bersaing bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000 beserta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena ulang tahun ke-36 suaminya pada hari ini, isteri kepada pelawak Achey iaitu Nur Hassanah Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne berkongsikan perjalanan mereka dalam usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Setelah 11 tahun berkahwin, Anne menerusi laman Instagram miliknya berkongsi pengalaman pertama menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) di sebuah pusat perubatan di Johor pada 6 Ogos lalu.
“Happy birthday sayang, tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat.
“Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan. Amin.
“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang.
“11 tahun penantian kita, insyaAllah kita usaha, Allah yang tentukan.
“Kami kongsikan perjalanan kami pertama kali buat IVF pada 6 Ogos lalu,” tulis Anne.
Sejak kebakangan ini, nama usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri hangat diperkatakan warganet selepas ramai yang kurang senang dengan hantaran-hantarannya di media sosial berkaitan single terbarunya.
Malah, ia turut mendapat respon ibunya yang juga merupakan usahawan, Rozita Ibrahim.
Jelas Rozita dia kecewa kerana anak lelakinya itu dikatakan tidak mengendahkan segala tegurannya berhubung video-video teaser berkaitan single baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Pada malam Jumaat, Aliff telah memuat naik sepotong hantaran video sambil menangis dan memohon maaf diatas segala ketelanjurannya selama beberapa hari ini.
Katanya lagi, dia juga mahu berundur dan memadam kesemua platform media sosial miliknya.
Bukan setakat itu, Aliff mendedahkan dirinya juga sebenarnya mengalami masalah mental.
Dalam pada itu, tindakan Aliff berkongsi gambar pil turut merisaukan para pengikutnya di media sosial.
Terbaru, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini dilihat telah memadam kesemua gambar-gambarnya di media dan kini hanya tinggal foto-foto produknya keluaran syarikatnya.
Malah, gambar profilnya di Instagram juga sudah tidak kelihatan lagi.
Situasi ini nyata menimbulkan kerisauan di kalangan para pengikutnya.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada lagi penjelasan yang dibuat oleh Aliff berhubung tindakkannya itu.
Apapun, kita harapkan semoga Aliff sentiada berada dalam keadaan yang baik, diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aliff Syukri & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hubungan mesra dua bintang popular, Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat mereka apabila kedua-duanya hadir bersama menyaksikan konsert band terkenal, Coldplay yang diadakan di Stadium Wembley, London baru-baru ini.
Kedua-dua pelakon berusia 29 tahun itu turut memuat naik video serta gambar mesra mereka ketika sedang menyaksikan konsert terbabit di laman Instagram masing-masing.
Rata-rata peminat membuat spekulasi kedua-dua mereka mungkin sedang bercinta. Sebelum ini Daiyan dan Aedy pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa sejak digandingkan bersama menerusi drama Projek: Anchor SPM.
Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen, Daiyan meluahkan rasa gembira kerana akhirnya dapat menyaksikan kumpulan Coldplay beraksi secara live.
“I love you so much Coldplay. Terima kasih untuk pengalaman yang penuh magik ini. Muzik kalian sentiasa membuatkan hati saya tersentuh dan saya bersyukur dapat menikmati momen ini,” tulis Daiyan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Daiyan Trisha, Aedy Ashraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.