“Macam Mana Tak Sayang,” – Sweetnya! Nora Danish Terima Kejutan Daripada Suami Tepat Jam 12 Malam

Share

Pelakon jelita, Nora Danish yang kini sudah genap mencecah usia 39 tahun ada berkongsi satu momen apabila menerima satu kejutan istimewa daripada suami tercinta, Nedim Nazri.

Difahamkan kejutan istimewa itu bersempena dengan ulang tahun kelahiran bintang yang popular menerusi drama bersiri Puteri.

“Haahahah , lazy 39! Its the age baby. Hahah. But thank u for all the effort sayang . I loveeeeeeeeeeeeeeeee youuuuuuuu !!!!!!!!!!!

“7th March 2021. 12am sharp, gigih suami ku. Mcm mana tak sayang….  ok bye nak tido balik! Hahaha. #ND39 #blessed,” tulisnya.

Di samping itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi foto beberapa keping foto ketika meraikan majlis hari jadi bersama keluarga.

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.

Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

Foto : Instagram Nora Danish

IKLAN