“Macam Mana Nak Jawab, Abang Sendiri Pun Cerai Dik,” – Along Cham Beri Respon Bila Ada Yang Tanya Tips Bahagia

Share

Pelawak dan pelakon, Along Cham memuat naik staus apabila ada indvidiu meminta tips kebahagian daripadanya.

Lantas, pelakon Lagenda Budak Hostel itu telah memberikan respon yang nyata mengundang perhatian ramai.

“Ada yang datang jumpa abang pastu suruh bagi kat dia tips2 nak bahagia dgn pasangan.

“Macam mana nak jawab siot, abang sendiri pun bercerai dik,” tulisnya.

Terdahulu, Along pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila Seeron pada 2010.

Bagaimanapun mereka bercerai pada 2016.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel yang kini berusia 8 tahun.

Foto: Instagram Along Cham

IKLAN