Oh my! Rupanya masih ada orang yang tidak tahu menggunakan laman Twitter ya!

paling lucu apabila individu tersebut adalah vokalis utama kumpulan EXO, Byun Baekhyun.

Vokalis tersebut berkongsi di laman instagrammnya meminta pertolongan netizen mengajarnya menggunakan laman Twitter.

“Bagaimana mahu menggunakan ini?”soalnya.

‘Macam Mana Nak Guna Ni?’- Baekhyun [EXO] Minta Tolong Ajar Guna Twitter

IKLAN

Penyanyi lagu ‘Dream’ itu kemudian menulis pula di laman Twitter bertanyakan sama ada tindakannya itu betul.

“Macam ini kah nak tulis? Hihi…rasanya dah dapat idea kot. ID saya peliklah awal-awal, adakah ia masih begitu? Saya dah tukarkannya.

“Macam mana nak ‘check replies’? Oh kena klik di sini ya,”tulisnya lagi.

Setelah memahami cara-cara menggunakan Twitter, akhirnya Baekhyun menulis ‘tweet’rasmi pertamanya.

IKLAN

“Hai semua, seronok bertemu anda,” tulisnya lagi.

MH difahamkan, dalam masa 30 minit sahaja, pengikutnya sudah mencecah 154k.

IKLAN

‘Macam Mana Nak Guna Ni?’- Baekhyun [EXO] Minta Tolong Ajar Guna Twitter

Wow! Hebat betul penangan idol itu ya! Nampaknya peminat juga teruja dengan kehadiran Baekhyun di Twitter apabila #Welcometotwitterbaekhyun turut trending.

Sumber: IG &Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI