“Macam Mana Nak Contact, Zaman Nabi Takda Handphone,”- Respon Sinis Hazeman Huzir Bila Netizen Mahu Suhaimi Saad Muncul Motif Viral

Share

Ketika ini, nama bintang nasyid, Suhaimi Saad sering menjadi tumpuan netizen di media sosial gara-gara beberapa kenyataan yang dikongsi.

Dari isu anti vaksin sehinggalah mengenai bentuk bumi yang kononnya leper sehingga melibatkan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar untuk tampil memberi pencerahan.

Oleh kerana hal tersebut, netizen ada mencadangkan agar program popular, Motof Viral untuk menjemput Suhaimi untuk menjadi tetamu undangan.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian Hazeman Huzir yang juga merupakan hos program tersebut.

“Macam mana nak contact dia? Takut dia pun tak boleh dihubungi. Maklumlah selain peti ais dan vaksin, Zaman Nabi juga takde handphone,” tulisnya.

Reaksi sinis tersebut telah meraih hampir 7,000 ‘retweet’ dan lebih 4,000 tanda suka.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan respon yang diberikan pengacaranya.

Agaknya apa akan jadi kalaulah Suhaimi memang sedia nak buat kemunculan di dalam rancangan tersebut? Sure gempak kan?

Sumber: Twitter Hazeman Huzir

IKLAN