Semalam, Malaysia digemparkan dengan berita penahanan pelakon, Uqasha Senrose kerana disyaki terlibat dengan dadah setelah pihak polis menemui dadah jenis Eramin 5 di tas tangannya.

Bagaimanapun, pelakon tersebut dibebaskan dengan ikat jamin setelah ujian air kencingnya disahkan negatif.

Berikutan itu, rapper yang terkenal suka memberikan ‘buah fikirannya’ tentang isu semasa, Caprice, turut sama memberikan pandangannya mengenai perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

IKLAN

Namun, apa yang menarik perhatian MH adalah isu yang dibangkitkan oleh Caprice berkaitan dengan gambar Uqasha di balai polis yang tersebar.

“Saya tak nak cakap mengenai isu penahanan tapi apa yang menjadi persoalan saya adalah bagaimana gambar Uqasha di balai boleh jadi viral?

“Perkara yang sama turut terjadi semasa kes Datuk Farid Kamil. Kalau betul lah pegawai polis yang ambil gambar tersebut, saya harap pihak Polis Diraja Malaysia dapat mengambil tindakan mengenai perkara ini.

“Pada saya, ia sangat tidak profesional dan tidak ‘cool’ untuk mengambil foto seseorang dalam keadaan ‘teruk’ mereka,” luahnya.

Get high on life ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

IKLAN

Dalam pada itu, Caprice juga turut menyelitkan mesej kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan dadah.

IKLAN

“Akhir sekali kepada semua ‘follower’ saya, jangan terlibat dengan dadah. Kalau nak khayal, mainlah ‘roller coaster’, atau main game atau dengar lagu saya…’comfirm high’.

“Atau kalau nak ‘high’ paling tinggi, dengar bacaan surah…itu paling ‘deep’ lah,” katanya lagi.

Woah, mendalam betul nasihat Caprice itu. Apa-apapun, MH harap orang ramai di luar sana dapat menyerap apa yang dikatakan Caprice itu.

sumber: IG Caprice

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI