Penyanyi baru, Aliff Iskandar menyatakan rasa terharu dan teruja apabila single pertamanya, Perit mendapat maklum balas baik pencinta lagu tempatan.
Malah, lagu yang turut menjadi runut bunyi untuk drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga kian mendapat perhatian pendengar sejak dilancarkan lebih tiga bulan lalu.
“Terima kasih sebab memberikan sokongan kepada lagu ini.
“Saya tak sangka, sejak dilancarkan tiga bulan yang lalu, Perit benar-benar diterima baik daripada peminat. Orang pun makin kenal dengan lagu ini,” katanya.
Selain Perempuan Tanpa Dosa, lagu tersebut turut boleh didengari menerusi beberapa drama lain seperti Angkara Cinta, Bouganvilla dan terbaru dan Rahimah Tanpa Rahim.
Ads
Menariknya, lagu tersebut mendapat sambutan apabila dijadikan ‘lagu tema’ bagi mereka yang putus cinta, dicurangi dan berhadapan dengan apa sahaja masalah perhubungan.
“Apabila lirik tersebut dekat dengan pendengar, mereka mudah menerimanya. Ada yang bagaikan pernah berhadapan dengan situasi tersebut dan tak kurang juga yang meninggalkan pelbagai komen tentang pengalaman mereka dalam video muzik berkenaan.
“Saya baca setiap komen yang mereka titipkan. Macam-macam kisah dan pengalaman dikongsikan. Mana yang tragis tu, saya bersimpati sangat-sangat,” tambahnya lagi.
Ads
Terbaru, Aliff bersyukur kerana karyanya itu diterima baik oleh beberapa pihak yang percaya kepada bakat penciptaan lagunya. Dia yang sudah menghasilkan beberapa lagu lain juga gembira apabila ada pihak yang mahukan karyanya.
Semua itu berlaku apabila dia mula menyanyikan lagu baharunya semasa sedang bersiaran langsung menerusi Instagram miliknya. Beberapa pihak sudah mula merisik dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan karya baharunya itu.
“Memang ada beberapa pihak yang sudah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan saya termasuklah mengasilkan runut bunyi dan sebagainya. Sudah pasti sebagai seorang pencipta baharu, saya amat hargainya.
Ads
“Bila ada yang percaya kepada hasil karya saya, tiada apa kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan ini. Semoga apa yang dirancang akan tertunai sedikit masa lagi,” kata bakal guru yang kini sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur ini lagi.
Menariknya bukan sahaja beberapa syarikat produksi menyatakan hasrat untuk bekerjasama tetapi juga beberapa artis popular turut menyatakan minat mendapatkan karya baru Aliff.
“Setakat ini semuanya masih dalam perancangan. Andai kata semuanya berjalan lancer seperti yang dirancang, saya akan kongsikan kepada semua,” kata penyanyi yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar, iaitu Dr Che Muhammad Hafiz ada berkongsi cerita mengenai penggunaan bahasa Inggeris di dalam dunia perubatan.
Meski sudah hampir 7 tahun menuntut pengajian di sekolah perubatan di luar negara, Hafiz berpendapat mahir bertutur dalam bahasa Inggeris bukan menjadi satu ukuran untuk melabelkan seseorang itu sebagai seorang yang bijak pandai.
Selain itu, Hafiz mengakui adalah lebih mudah untuk berkomunikasi dalam bahasa Malaysia bersama pesakit oleh kerana pesakit yang dirawatnya banyak dari kalangan berbangsa Melayu.
“Belajar di Medical School hampir 7 tahun pun jarang sy tgk doc guna bahasa inggeris? First skali mmg kita tahu lah penguasaan bahasa inggeris bukan menjadi satu ukuran untuk seseorang itu di labelkan sebagai seorang yang bijak pandai.
“Ya, mmg betul jika hebat berbahasa inggeris tu kita patut rasa bersyukur kerana dikurniakan satu kelebihan extra.
“Sejak saya balik ke malaysia kebanyakan pesakit saya adalah orang melayu dan most of the time mmg sy guna bahasa melayu. Lain la masa duduk di luar negara dulu dah mmg takde pilihan lain sb semua pesakit tak pandai berbahasa melayu.
“Cuma skrang ni bila berada di malaysia kadang2 tu apabila sy jumpa pesakit bukan melayu mmg sy akan prefer untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Itu pun pesakit yang mula dulu bercakap dlm bahasa inggeris sb nak elak miscommunication,” tulisnya.
Sebagai seorang doktor, Hafiz memberitahu aspek keselamatan dan keselesaan pesakit adalah amat penting bagi dirinya agar dapat memberikan yang terbaik kepada pesakit.
“Apa2 pun di hari jumaat yang penuh barakah ni sy selesai meeting dgn Encik shah ( kontraktor yang incharge untuk menjayakan projek regalion clinic di kota damansara) pun cakap dlm bahasa melayu dan berjaya dapat kata sepakat dah pun alhamdulilah.
“Pelbagai aspek telah dibincangkan termasuklah isu keselamatan dan keselesaan dalam klinik mengikut ukuran dan standard yang telah ditetapkan kkm.semua nya adalah untuk memastikan sy dapat berikan yang terbaik untuk patients/customers saya nanti. InsyaAllah..,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan tersebut sudah punpada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Dr Che Hafiz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Assalamualaikum wbt.
“Dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarhamamah Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi jam 9.25 pagi, 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H.
“Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahyarhamah agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama-sama orang beriman.
”Amin, Nd sayang mama,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Peminat turut sedekahkan al-fatihah, rata-ratanya juga termasuk rakan selebriti menitipkan ucapan salam takziah buat hos berusia 30 tahun itu pada ruangan komen.
Foto: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Syatilla Melvin yang mengusahakan produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins menyifatkan bisnes yang dilakukan bersama-sama adik beradiknya itu yang tidaklah sukar sebagaimana yang disangka ramai pihak.
Malah jelasnya yang selesa disapa Tilla ini, hubungan keluarga yang sedia ada secara tak langsung membuatkan rezeki yang diterima lebih diberkati.
Selain Tilla, jenama berkenaan turut diuruskan oleh tiga beradik iaitu Syifa, Syida dan Syafiqa.
“Orang kata susah buat bussiness dengan adik beradik, betul ke? Demi allah tak!! Sebab hubungan adik beradik lah rezeki kami lebih berkat dan luas,” tulis isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam ini di dalam satu perkongsian di Instagram.
Dia pada masa sama turut menyenaraikan empat kunci sukses untuk berjaya dalam perniagaan yang dijalankan bersama adik beradik.
“Pertama, kena tahu kenapa kita decide buat bussiness sama2, kami yakin kami ada potensi besar utk tolong ramai org!
“Kedua, kami berempat dapat SUMBER DOA yang powerfull dari 1 ibu 1 ayah yg sama. Kami sekarang adalah hasil doa2 depa.
“Ketiga, bila elaun ibu ayah meriah setiap bulan, bayangkan la kalau sorang bgi rm2k sebulan darab 4 berapa sorang? Alhamdulillah rezeki depa susah payah besaqkan kami.
“Keempat, sentiasa ada antara satu sama lain. Tak kira dari segi apa sekalipun. Hang sesak? Aku tolong!Hang susah? Aku ada! Hang sakit? Takpa aku cover,” tulisnya lagi.
Dia pada masa sama turut memohon doa agar berupaya untuk membantu mengubah tarah hidup lebih ramai orang di luar sana.
“4 manusia, 4kepala yg berbeza, 4 fizikal dengan perangai yg memeningkan kepala ya allah.
“Doakan kami dapat terus bukak mata seluruh rakyat malaysia dan berjaya ubah seramai mungkin taraf hidup manusia yang semakin sesak dan xtahu mcmana nk bermula.
“Insya-Allah, mohon amin kan boleh?,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...