“Macam Letak Bola Ye, Jalan Pun Menyeret,” – Shahirah Shahirah Imbau Memori Hamil Anak Bongsu Berat Hampir 4Kg!

Share

Bintang versatil, Sharifah Shahirah ada berkongsi pengalaman saat mengandungkan anak bongsunya, Adeeda yang kini telah pun mencecah usia tiga tahun.

Kongsinya menerusi Instagram, ketika hamil fizikalnya kurus cuma perutnya sahaja yang besar.

“Masa ngandung kan dey dey …kurus..cuma perut besau naw…kat 4kilo laa pulak kluar.

“Macam letak bola ye..besau..jalan pun menyeret.

“Lepas beranak…ambikkk lagi besau…makan sedap mak dia ya. Tak surut2. Kembar air..lol,” tulis Sheira.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan kapsyen yang ditulis penyampai radio ini selain ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Untuk rekod, Sheira dikurniakan lima orang anak termasuk seorang anak, Allisya hasil perkahwinannya terdahulu bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.

Manakala empat orang cahaya matanya merupakan hasil perkahwinannya bersama pelakon Ijoy Azhari iaitu Airell, 16, Airra, 13, Audra, 11, dan Adeena, 3.

Foto: Instagram Shahirah Shahirah

IKLAN