“Macam Heartbroken Je Caption…,” – Gaya Tudung Sharifah Rose Dikritik, Tiada Lagi Foto Aazief Khalid Di Instagram?

Share

Gara-gara memuat naik yang seakan-akan menampakkan anak rambut, Instafamous, Sharifah Rose menerima reaksi pelbagai warganet.

Foto yang memperlihatkan Rose sedang menghadiri sebuah acara itu turut disertakan dengan kapsyen yang turut mencuri perhatian.

“Non of your concern,” tulisnya ringkas.

Lalu, rata-rata netizen memintanya untuk mengenakan tudung dengan lebih baik dengan cara yang lebih berhemah selepas ini.

Dalam pada itu, Rose juga dilihat turut memadam gambar bersama teman rapat juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Aazief Khalid di Instagram.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada penjelasan yang dibuat oleh Rose berhubung perkara tersebut.

Sumber: Instagram Sharifah Rose

IKLAN