“Macam Dulu Masuk Gaji Basic Saya Dalam RM700,” – Zarul Umbrella Dedah Gaji Sebenar Kerja Pramugara

Share

Penyanyi, Zarul Umbrella ada memuat naik satu rakaman video di Youtube miliknya, beberapa hari lalu.

Menerusi rakaman video tersebut, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin turut mendedahkan gaji sebenar yang diraih seorang pramugara atau pramugari.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 46 tahun ini turut berkongsi cerita gaji ketika tahun pertama bergelar pramugara.

“Hari ni saya nak bincangkan topik yang ramai orang request dekat saya iaitu mengenai gaji pramugara dan pramugari.

“Kita mulakan dengan gaji pramugara dan pramugari di Malaysia Airlines. Sebelum saya mulakan video saya ni saya nak bagi tahu yang saya dapat maklumat atau info ni daripada Flygosh.com.

“Segala info ni kalau korang nak tengok pun boleh korang pergi je dekat Flygosh.com tu lepas tu klik dekat ‘cabin crew salary’ nanti dia akan keluar semua senarai gaji.

“Basic salary untuk Malaysia Airlines bernilai RM1200, macam saya dulu masuk gaji basic saya dalam RM 700 macam tu.

“Kerja sampai 16 tahun lepas saya berhenti hari tu, gaji basic saya nilainya RM3300,” kongsi Zarul panjang lebar.

Sekadar informasi, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga itu pernah berkhidmat selama 16 tahun di sebuah syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Foto: Instagram Zarul Umbrella

IKLAN