“Macam Duduk Dengan Perempuan Pakai Kupiah…,” – Suami Cukur Licin Misai Janggut, Ardell Aryana Tak Dapat Tahan Ketawa!

Share

Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana tidak dapat menahan tawa apabila melihat penampilan suaminya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa yang tampil ‘polos’ selepas mencukur misai dan janggutnya.

Dalam keadaan yang masih bertelekung sambil beberapa ketika menutup mukanya, bintang itu menyifatkan dirinya seolah-olah tinggal bersama orang lain.

“Lainlah awak cukur misai dengan janggut ni. Saya rasa macam duduk dengan orang lain.

“Macam pengkid. Rasa macam duduk dengan perempuan pakai kupiah pulak aku rasa…,” gurau Ardell.

Dalam pada itu, Nadzmi menerusi ruangan kapsyen pula turut tertanya-apa apakah sebenarnya yang diinginkan golongan isteri.

“Salah ke seorang suami tu nak shave? Orang perempuan ni sebenarnya nak apa? Suka yang ada misai ke yang togel? Kenapa dia gelakkan saya?,” tanya bakal bapa ini lagi.

Lalu menerusi ruangan komen, para peminat ada meninggalkan reaksi pelbagai dan tidak kurang yang turut terhibur dengan gelagat suami isteri itu.

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa

IKLAN