“Macam Dah Lama #MawaRaf Tak Selfie Berdua, SemenjaK Maid Lari Dari Rumah Hari Tu,” – Raff Yaakob

Share

Suami kepada Mawar Rashid, Raff Yaakob atau nama lengkapnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob ada menyatakan antara sebab dia dan isterinya itu sudah lama tidak merakam foto bersama kerana sibuk menguruskan anak-anak.

Katanya menerusi Instagram, pasangan tersebut terpaksa memberi komitmen penuh  dalam hal berkaitan anak-anak sejak pembantu rumah melarikan diri.

“Macam dah lama je #MawaRaf tak selfie berdua. Since our maid lari rumah haritu, we both sibuk working from home sambil jaga anak 3 orang kat rumah.

“But we are cool je hehe. I love our adventurous life, as long as I’ve you by my side @mawarashid. You’re my happiness (the kids too) and you’re my strength tau? Love you so much my lady,” tulisnya sambil disambut mesra isteri tercinta.

Sementara itu, ada pengguna media sosial yang membayangkan hal tersebut mungkin berlalu kerana terlalu penat.

Lalu, ia dijelaskan secara baik Raff.

“Sendiket. Agen kebas duit. Lima buah rumah yang berbeza, semua pembantu rumah lari pada minggu sama,” jelasnya.

Sekadar informasi, pasangan ini bernikah pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Raff sebelum ini turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Foto: Instagram Raff Yaakob

IKLAN