Terdahulu, pelakon Aprena Manrose dan Bella Astillah pernah berkongsi di laman media sosial ketika membuat rakaman lagu cover ‘Semakin’ nyanyian Siti Sarah dan telah menjadi perbualan netizen.
Atas permintaan ramai, Aprena dan Bella telah membuat video lagu cover tersebut dan berkongsi video itu di akaun Instagram.
“Atas permintaan ramai, here it is for all my lovely followers! ??? @aprenangels . “Sampai saat ini aku tak pernah mengerti, resah ini slalu saja melekat di hati”.
“The full video will be uploaded soon on Aprena Manrose’s YouTube Channel & on my igtv #Semakin by kak @sitisarahraissuddin”
“Cover by Aprena & @bellaastillah Videographer @aniqfakhrul Dress @ezuwanismail Make up @firz_razali #sajesukasuka #untukhiburkansemua” tulisnya.
Lantas, rata-rata rakan artis dan netizen memuji kebolehan menyanyi dua bintang tersebut di dalam muzik video berkenaan.
Ads
Namun, Aprena dan Bella tetap tidak lari daripada menerima pelbagai kecaman dan komen yang berbaur negatif daripada netizen.
Ads
Bagi MH, Aprena dan Bella memang ada bakat dalam bidang nyanyian dan diharapkan gandingan ini dapat mengembangkan bakat mereka di masa akan datang. Siapa tahu kan?
Video : Instagram Aprena Manrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Awal malam tadi pengasas kosmetik yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik sepotong video kunjungan rakan niaganya, Sajat di Instagram.
Setelah sekian lama tidak bertemu selepas Sajat mengambil pengajian pendek dandanan rambut di luar negara, akhirnya dua rakan ini bersua.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian sudah tentulah gurau kasar di antara mereka berdua yang sekali gus menerima reaksi pelbagai netizen.
Memuat naik sekeping klip video sedang membonceng motor bersama suami, Nad Zainal dilihat mengimbau kembali memori ketika zaman kecil.
Katanya, dahulu, hanya motor yang menjadi pengangkutan mereka sekeluarga. Ke sekolah, berjalan hatta ke Genting Highland juga hanya menggunakan motor walau beberapa kali tayar pancit.
“Dari zaman sekolah saya diambil dari rumah nenek dengan motor papa saya, ke sekolah juga di hantar naik motor. Waktu itu kami tiada kereta, pernah dalam perjalanan ke Genting Highland, kami tiga beranak terkandas kerana tayar pancit, banyak kali juga motor kapcai tu pancit mungkin dek bebanan kena “pikul” tiga manusia,” tulisnya di laman Instagram.
Walaupun menyedari bahaya yang bakal menimpa, namun pelakon Apa Dosaku ini menyatakan tiada siapa yang mahu membahayakan nyawa anak, namun itu sahaja kemampuan pada waktu itu.
“Siapa yang nak anak membahayakan nyawa anak mereka? Tapi waktu itu motor sajalah kenderaan utama kami. Helmet pertama saya berwarna merah cili, ada gambar dolphin di kiri kanan,” tambahnya lagi.
Malah pelakon berusia 28 tahun ini juga berkongsi ‘hadiah’ istimewa yang masih kekal sehingga hari ini.
“Pada umur 9 tahun saya terima “hadiah” istimewa dari motor RXZ papa saya, akibat salah langkah turun, kaki saya kena ekzos dan parut itu kekal sampai sekarang… yang paling saya tak lupa bagaimana papa begitu risau, dan dia telah letak ubat gigi supaya kesan lecur itu reda… tiap kali saya menaiki motor, pengalaman dan memori itu akan datang menyapa kembali,” jelas ibu kepada seorang anak ini.
Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Izzue Islam pernah menyatakan hasrat menarik diri dari kumpulan Forteen pertengahan November lalu.
Bagaimanapun, Izzue baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto di Instagramya.
“Kerap jugak kene kutuk & kecam tentang nyanyian. Mereka kata sy xde bakat dalam nyanyian. Ya saya akur & terima..
“Tapi kenapa saya buat lagu lagi & lagi? Sebab dalam 1000 orang yang tak suka, masih ada 10 orang yg percaya & menerima karya & suka bakat saya. Jadi, kenapa perlu saya berhenti?,” tulisnya.
Dalam pada itu, anak kelahiran Kota Bahru,Kelantan itu juga ada memberikan nasihat agar sentiasa berfikiran positif.
“1 pesanan sy, awak kene percaya pd diri sendiri. Kalau awak rasa awak boleh buat, ketepikan benda2 negatif yg boleh downkan awak.
“Dan perkara yg paling penting yg awak harus tanam dalam diri adalah sentiasa berfikiran positif. #PositifSelalu
“Pokjue nak tuju #PositifSelaluChallenge dekat @saharulridzwan , dia mesti ada sesuatu yg positif yg nak dikongsikan dgn kita semua kan?,” akhiri Izzue atau nama panggilan kini Pok Jue.
Menerusiruangan komen pula, netizen telah memberikan pendapat yang pelbagai terhadap posting tersebut.
Foto : IG Izzue Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...