“Maafkan Segala Kekasaran, Halalkan Makan Minum Aku,” – Noh Salleh Beri Bayangan, Seolah-Olah Nak Undur Diri Dari Hujan?

Share

Vokalis kumpulan Hujan, Mohammad Noh Salleh baru-baru ini ada memuat naik status di Instagramnya berhubung kejayaan pencapaian muziknya dalam industri selama 15 tahun.

Menerusi status berkenaan, penyanyi itu seolah-olah bagai memberi ‘bayangan’ untuk mengundur diri dari kumpulan tersebut.

Malah, suami kepada bekas penyanyi Mizz Nina itu mendedahkan bahawa ia merupakan kali terakhir melakukan persembahan Rock The City Festival Melaka bersama kumpulan terbabit pada 29 Februari lalu.

“Tak tau bila show terakhir aku nanti. Mungkin Melaka tu last aku dengan Hujan, Sabah tu last aku akustik sorang2. Apa2 boleh jadi, kecederaan yang dasyat sampai cacat, sampai ajal, dan macam2 lagi kemungkinan.

“Biar semua orang tau, I had a great time deliver musik kepada kalian semua. Tiada kurang atau lebih, semuanya sempurna nikmat Tuhan bagi kat aku. Orang tua yang masih kuat dan sihat, masih boleh contact adik beradik keluarga.

“Yang kurang cuma aku, kurang ajar dan adab, dengan malasnya, dengan sombongnya. Harap maafkan segala kekasaran saya selama kita bersama, halalkan makan minum, terambil sengaja atau tidak, sementara aku hidup ni kalau ada hutang yg aku tak sedar mohon message straight je kat DM or comment.

“Thankyou so much semua! Semoga panjang umur kita semua untuk bertemu kembali. Kalau tak, see you on the other side. إن شاء الله.,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersedih atas perkongsian yang dimuat naik anak kelahiran Sarawak itu.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada kenyataan kukuh dari Noh mengenai perkongsiannya itu.

Untuk pengetahuan, kumpulan Hujan ditubuhkan pada tahun 2005 yang terdiri daripada empat orang pemuzik.

Antara lagu yang menjadi siualan ramai adalah Bila Aku Sudah Tiada, Mencari Konklusi dan Pagi Yang Gelap.

Foto : Instagram Noh Salleh, Hujan Band

IKLAN