“Maaf Tidak Dapat Jemput Semua…,”- Rai Walimatulurus Dalam Norma Baru, Anak Sulung Lisdawati & Fauzi Nawawi Selamat Bernikah

Share

Baru-baru ini, pelakon, Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi telah pun melangsungkan majlis walimatulurus anak sulung mereka, Hainil Fatihah.

Majlis dianjurkan secara sederhana itu tetap meriah meski turut mematuhi segala prosedur operasi standard bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Lisdawati memohon maaf atas segala kekurangan serta jumlah jemputan yang terhad pada majlis berkenaan.

“Meraikan cinta anak pertama kami yg serba sederhana. Akan kami update lagi gambar-gambar sekitar majlis perkahwian ini.

“Maaf atas segala kekurangan dari kami sekeluarga. Maaf juga tidak dapat menjemput semua kenalan.

“Hanya meraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat,” tulisnya.

Pada majlis tersebut, kedua mempelai dilihat sama cantik sama padan mengenakan sepersalinan putih sambil duduk di atas pelamin yang serba indah.

Majlis akad nikah yang berlansung disebelah pagi pula disempurnakan sendiri oleh Fauzi.

“Debaran pengantin baru. Semoga Allah swt memudahkan urusan kita semua,” kongsinya.

Para tetamu yang hadir turut dilihat mengenakan topeng muka selain turut mengamalkan penjarakan sosial.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat Fauzi dan Lisdawati.

Sumber: Instagram Lisdawati

IKLAN