“Maaf Semua..I’ve Tried My Best,”- Tewas Dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran, Fakhrul UNIC Percaya Rezeki

Share

Fakhrul UNIC baru-baru ini ada menyertai sebuah Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Seremban.

Bagaimanapun,Fakhrul atau nama sebenarnya Muhamad Fakrul Radhi Khamarudin tidak patah semangat meski namanya tidak diumumkan sebagai pemenang.

“Maaf semua, i’ve tried my best..alhamdulillah tahniah pd shbt2 yg berjaya dlm tilawah kebangsaan 2019..semua bg saingan yg sgt hebat sy rasa..cuma rezeki masing2 yg bezakan kita.

“Sapa taknak menang, cuma rezeki bukan pd menang semata,ilmu pengalaman kwn2 n family yg support dgn doa juga rezeki. Sy percaya pd istilah “rezeki diganti” ..

“Tak dpt di sini, diganti dan dicukupkan tempat lain. Kena trus belajar usaha dan usaha. InsyaAllah Thanks to all,” tulis penyanyi yang berusia 33 tahun itu. 

Lalu, netizen telah memberikan kata-kata semangat buat Fakhrul dan memuji kemerduan suaranya membaca Surah Al-Anbiya. 

Untuk rekod, Fakhrul pernah menyertai pertandingan tilawah di Kelantan pada tahun 2012 dengan pencapaian terbaik menduduki tempat keempat.

Video : IG Fakhrul UNIC 

IKLAN