Penyampai radio Kool FM, AG Azmeer dilaporkan telah telibat dalam satu kemalangan jalan raya di Pasir Gudang, Johor. Memetik laporan dari Harian Metro, kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 10.00 malam Isnin lalu yang turut melibatkan isteri dan empat orang anaknya.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila bintang radio berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah abang iparnya sebelum dirempuh kereta jenis Proton Wira di laluan simpang empat kawasan perumahan.

Sehubungan itu, AG telah pun membuat laporan polis di IPD Seri Alam Masai bersama dengan pemandu kereta melanggarnya, remaja lelaki berusia 23 tahun.

IKLAN

Berkongsi mengenai detik kemalangan berlaku itu, AG mengakui ia merupakan pengalaman seumpamanya yang pernah terjadi dalam hidup.

“Ini pertama kali saya mengalami kemalangan jalan raya. Kejadian berlaku sangat pantas. Kalau saya tercepat sikit mungkin jadi lebih teruk lagi. Apa berlaku saya anggap takdir. Walaupun isteri mengalami luka kecil, saya bersyukur kami anak beranak selamat. Allah masih panjangkan umur kami.

 

“Mungkin juga berkat amalan doa menaiki kenderaan antara sebab kami terselamat. Malah, saya selalu pesan kepada anak-anak berbuat sedemikian. Saya anggap ini ‘hadiah’ hari jadi yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Terdahulu dalam kejadian tersebut, AG tidak mengalami kecederaan atau sakit badan manakala isteri terdapat kesan luka di  bahagian siku. Sementara anak-anaknya pula terhantuk selain kereta jenis Audi dipandu rosak pada bahagian kanan membabitkan tayar, lampu dan ‘bumper’.

IKLAN

“Pemandu terbabit mengaku memandu laju dan tidak berhenti di garisan putih. Apa pun, semuanya sudah selesai dan kereta saya sudah dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

 

“Kalau ikutkan saya mahu minta ganti rugi tetapi ibu remaja terbabit menghubungi saya memaklumkan mereka tidak mampu untuk bayar. Jadi, saya perlu buat laporan polis bagi urusan pampasan insuran,” katanya.

Pada masa sama, AG turut memuat naik beberapa keping foto sekitar laporan polis yang telah dibuat.

IKLAN

“Maaf kepada yg bertanya dan kami tak sempat reply. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik.

 

“Alhamdulillah selesai semua… Terima kasih Sarjan Fendi yg banyak membantu sehingga selesai, Sarjan Bakar walaupun bercuti tapi membantu dari jauh. IPD Seri Alam Masai yg memberikan perkhidmatan yang cekap! terbaikk,” tulisnya. 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI