Tidak hanya ligat di pentas teater dan aktif sebagai pelakon, Ruzana Ibrahim turut memanjangkan langkahnya dalam bidang pengacaraan dan kini sedang hangat dengan program 13 episod, ‘Xtrem Pesona’ yang disiarkan setiap Sabtu, di TV1.

Menariknya, program yang menampilkan barisan atlet wanita yang menceburi sukan lasak ini turut menyaksikan Ruzana melakukan pelbagai aksi ekstrem bersama-sama tetamu jemputannya.

“Xtreme pesona bukan program biasa, tetapi ia merupakan sebuah program yang mengetengahkan golongan wanita yang terbabit secara profesional dalam sukan lasak di mana sebelum ini jarang dipaparkan kepada umum.

 

“Menjadi sebahagian daripada program ini adalah sesuatu yang cukup menyeronokkan buat saya yang memang gemarkan aktiviti lasak dan tidak ada masalah untuk turut serta mencuba pelbagai aktiviti tersebut yang ada antaranya pertama kali dilakukan.

 

“Paling best saya dapat jadi diri sendiri dan tidak perlu nak ‘control ayu’ atau terlalu mengacara sangat,  menjadikan program ini lebih santai dan menyeronokkan,” katanya.

Ads

Setelah beberapa episod disiarkan, program tersebut mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada penonton, malah ada di antaranya yang cukup terhibur dengan kebersahajaan Ruzana mengendalikan program itu dengan gayanya yang tersendiri.

Bagaimanapun di sebalik kejayaan program tersebut, ramai yang tidak tahu pelakon tinggi lampai ini telah mengalami kecederaan di lutut kirinya ketika melakukan aksi luncur layar semasa penggambaran di Pulau Pinang untuk episod ketiga program ini.

Ads

“Saya bersungguh mahu memberikan yang terbaik untuk program ini dan sanggup belajar untuk buat semua aktiviti itu ketika penggambaran berlangsung.

 

“Kejadian ini berlaku ketika saya nak betulkan layar, namun kerana ia terlalu berat saya tidak dapat seimbangkan badan menyebabkan lutut kiri saya terlanggar palang besi sebelum terjatuh dalam air.

 

“Alhamdulillah kecederaan itu tidaklah terlalu serius, namun saya perlu menjalani sesi rawatan fisioterapi selama beberapa bulan sebelum benar-benar pulih,” katanya.

Ads

Meskipun mengalami kecedearaan tersebut, pelakon drama Isteri Tuan Ihsan ini tetap meneruskan penggambaran untuk kesemua episod yang masih berbaki dan menyertai aktiviti yang dijalankan seperti biasa.

“Untuk pengetahuan penonton yang mengikuti program Xtrem Pesona ini, segala aktiviti yang dilakukan dalam episod keempat dan seterusnya dilakukan selepas saya mengalami kecederaan.

 

“Kalau ada yang perasaan, lutut saya sentiasa berbalut ketika menjalani penggambaran untuk episod yang seterusnya kerana masih menerima rawatan ketika itu.

 

“Bagaimanapun saya tidak pernah menyesal atau merasa serik kerana itulah cabaran dan pengalaman yang cukup berharga dalam kerjaya saya,” tegasnya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI