Lutut Kak Lina ‘Meletup’, Berkerusi Roda Kendalikan GV9; “Jatuh Di Set Penggambaran.”

Share

Selebriti versatil, Elly Mazlien tetap mengacarakan konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza Musim ke-9 (GV9) meski terpaksa duduk di kerusi roda, malam ini.

Elly yang mesra disapa Kak Lina muncul berkerusi roda sejurus rakan hos, Nabil Ahmad membuka segmen pertama menerusi persembahan lagu Senyuman Ragamu dendangan Gerhana Ska Cinta.

“Saya sebenarnya terjatuh di set penggambaran sebuah drama. Alhamdulillah tiada yang serius dan syukur saya masih boleh bersama Nabil dan penonton GV9.

“Kaki je sakit, muka lawoo,” seloroh Elly.

Malah, keadaannya turut mendapat perhatian barisan termasuk Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

Elly sebelum ini turut berkongsi keadaan terkininya itu di Instagram dengan memaklumkan kejadian yang menimpa selain turut berterima kasih kepada penerbit dan krew produksi itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN