“Luka Tangan, Pinggan Pecah, Ramai Kritik Cara Masakan,” – Antara Kisah Eina Azman Fasa Belajar Masak, Tetap ‘Gigih’ Masuk Dapur!

Share

Pelakon Datin Eina Azman berkongsi pengalamannya ketika permulaan peringkat ketika belajar memasak.

Kongsinya lagi, pelbagai perkara yang menimpa ibu beranak dua ini menerusi Intagramnya.

“Hi guys! Assalamualaikum semua! Dulu masa Eina first2 belajar masak, pecah pinggan, hangus, luka tangan semua.

“Tok (nenek) dgn mummy Eina selalu risau kalau Eina dalam dapur. Tapi sebab Eina tekad nak belajar, Eina masuk dapur jugak! Bila dah pandai macam2 dish Eina cuba dan kongsikan.

“Mula-mula ramai juga kritik cara Eina masak. Tapi Eina tabahkan hati dan teruskan kongsi. Alhamdulillah tak sangka ramai wanita luar sana dapat inspirasi dari masakan Eina! Bila kita berani cuba buat sesuatu baru kita dapat hasilnya kan? Itulah org tua2 selalu ckp tak kenal tak cinta kan,” kongsi Eina sambil disertakan resipi telur bistik.

Sementara itu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap perkongsian itu.

Untuk rekod,Eina mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini masing-masing berusia tiga tahun.

Video : Instagram Eina Azman

IKLAN