Lufya Omar Rai Hari Jadi Anak Tanpa Suami, Ringkas Tapi Meriah!

Share

Meski menghadapi kemelut rumah tangga bersama suami, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar tetap meraikan ulang tahun kelahiran anaknya, Laana Haura yang ke-2 tahun.

Lufya telah berkongsi momen sambutan majlis hari jadi tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Laana Haura’s Flamingo & Picnic Themed Birthday Party.

“Ramai yang nk bergambar dgn Haura kat dalam hall tpi si kecik ni hilang dengan dress kembang labuh die sibuk kat playground.

“Tak herannya dia nk bergambar hahaha. Kids is super excited to play@kiddosbubblemalaysia sampai banjir

“Alang- alang hujan kasi banjir je trus ya anak-anak Hahaha asal kamu bahagia la .

Haura’s beautiful yellow dress by @buttonmybuttons.baby,” tulisnya.

Bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam yang kimi bergelar penyanyi dan pelakon itu mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016.

Foto : Instagram Lufya, Jaydee

IKLAN