Lucinta Luna Akhirnya Ditahan Di Lokap Wanita Secara Sendirian

Share

Pihak berkuasa akhirnya memutuskan artis sensasi Indonesia, Lucinta Luna yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy akan dimasukkan ke sel khas di Rutan Narkoba Polda Metro Jaya.

Memetik media tempatan, Pengarah Tahanan dan Barang Bukti (Dirtahti) Polda Metro Jaya AKBP Barnabas mendedahkan, sel tahanan penyanyi lagu Bobo Di Mana di samping Aliff Syukri dan Nur Sajat itu berada di blok wanita.

“Di blok wanita tapi ruangan khusus,” katanya ringkas pada Rabu.

Jelasnya, ruangan khas itu hanya dihuni bintang terbabit secara sendirian tanpa adanya tahanan lain.

“Sendirian,” ujarnya lagi.

Terdahulu, polis Indonesia difahamkan bingung untuk menempatkan penyanyi transgender berumur 30 tahun itu sama ada di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.

Menurut media tempatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada 1.30 pagi Selasa.

Selebriti itu ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan satu pasangan suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil jenis ecstacy di kediaman terbabit.

Sumber: CNN Indonesia

IKLAN