Luangkan Masa Bersama, Feeya Iskandar Bawa Famili Cuti Di Langkawi

Share

Meski sibuk dengan kerjaya sebagai penyampai radio, Feeya Iskandar tetap meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Baru-baru ini, Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan telah membawa ahli keluarga untuk pergi bercuti.

Difahamkan, Feeya sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

“Stop being stressful and start being grateful.. (ayat hentam je.asal lah ful ful tu),” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat memuji sikap Feeya yang sentiasa meluangkan masa bersama keluarga meski sibuk dengan kerjaya.

Untuk rekod, Feeya telah mendirikan rumah tangga bersama Nurashid Abd Wahab pada 6 Mei 2015.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Foto: Instagram Feeya Iskandar

IKLAN