“Love You So Much,” – Genap Usia 2 Tahun, Datin Seri Zizie Izette Buat Majlis Hari Jadi Anak Bertemakan Haiwan, Comelnya!

Share

Pelakon, Datin Seri Zizie Izette telah mengadakan sambutan majlis hari jadi anak ketiganya, Alisa Bella Izette bersempena dengan ulang tahun kelahiran puterinya itu yang kedua.

Kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini turut berkongsi beberapa keping foto sekitar majlis hari jadi yang mana kesemua kanak-kanak dilukis muka serta mengenakan baju replika haiwan di akaun Instagram miliknya.

Zizie turut menitipkan ucapan istimewa buat permata hatinya itu.

“Happy 2nd birthday to my last born child, Aalisa Belle Izette.U are so special sayang, love u so much! #aalisabelleizette #secondbirthday #1stmarch #piscesbaby,” tulisnya.

Terdahulu, Zizie mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.

Selepas itu, Zizie selamat melahirkan Alisa pada 1 Mac 2019.

Foto: Instagram Zizie Izette

IKLAN