Ameerais Azhar yang juga merupakan salah seorang ahli anggota kumpulan Forteen, telah pun selamat disatukan dengan wanita pilihannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar, dua hari lalu.
Sedondon mengenakan persalinan serba putih, pasangan raja sehari ini melangsungkan majlis nikah di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.
Sementara majlis resepsi pasangan ini juga telah berlangsung semalam di Forest Valley Hall, Taman Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.
Turut hadi memeriahkan majlis ialah ahli keluarga, kenalan, rakan selebriti dan media.
Ameer bertunang dengan Siti Nurnaja’a, pada 13 Oktober tahun lalu selepas lebih setahun berkenalan menerusi media sosial.
Ads
“Dia menegur saya buat kali pertama di laman Instagram, dengan menanyakan judul lagu saya nyanyikan dalam video yang dimuat naik di situ.
“Sejak itu, kami mula berhubung dan tak sangka pula sebenarnya dia juga selalu datang ke acara saya hadiri,” katanya menerusi BH Online.
Sementara itu, penyanyi yang turut mempunyai single sendiri berjudul Pulangkan Cinta ini turut berkongsi beberapa keping foto hari bersejarahnya itu.
“Alhamdulillah. Selamat disatukan. Semoga masjid yang dibina diberikan barakah dan kebahagiaan dunia & akhirat. Amin. I love you dear, wife,” tulisnya menerusi salah satu entri foto nikahnya.
Pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa syukurnya apabila anak sulungnya, Ian Haziq Ian Rashid cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
Jasmid juga ada berkongsi beberapa sepotong video bersama anaknya di Instagram.
“Syukur alhamdulillah.. Saya pakai spek tu bukan apa uols.. Nak tutup mata yang dah berair sebab menangis happy dapat lihat kejayaan Big Boss dalam keputusan SPM… Allah makbulkan doa saya untuk melihat kejayaan Big Boss dalam SPM..
“ARTIS juga mampu mendidik anak ke MENARA GADING kerana ramai yang beranggapan kerja sebagai ARTIS, pasti pelajaran anak-anak akan terabai dan tidak di berikan perhatian..
“Actually ramai je sahabat-sahabat ARTIS saya yang berjaya mendidik anak-anak mereka ke MENARA GADING. Pepatah tu dah patut di kuburkan. Dan nak jadi ARTIS pun sebenarnya, harus pandai dalam akademik juga,” tulisnya.
“Dan makin ramai ARTIS sekarang yang BERJAYA dengan CEMERLANG dalam bidang akademik.. Bidang seni bukan TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH seperti pemikiran ORANG DULU-DULU. ANAK GAGAL PERIKSA, CAMPAK JADI ARTIS!
“Orang panggil ARTIS otak udang sebab tak pandai akademik.. Tapi itu dulu uols, sekarang masyarakat dah tukar cara pemikiran yang lebih POSITIVE! .
“JANGAN TIPU LA kalau sebagai Ibubapa tak happy bila anaknya mencapai kejayaan dalam pelajaran.. Siang malam kerja cari rezeki untuk sekolahkan anak-anak.. Pelajaran pun untuk masa depan diaorang juga.. Tapi ini hanya langkah permulaan sahaja.. Ilmu harus di cari hingga ke liang lahat.
“TAHNIAH PADA YANG LULUS,APATAH LAGI YANG CEMERLANG! Tentunya anak-anak semua dah usaha yang terbaik ,betul kan? .
“Pada anak-anak yang tak berjaya tu, teruskan usaha untuk mulakan hidup seterusnya.. saya NASIHATKAN kepada Ibubapa, jangan terlalu menekan anak-anak walaupun saya faham, dalam hati tu pasti ada tersimpan perasaan kecewa.. Takut nanti anak-anak DEPRESS dan khuatir akan jadi hal-hal yang tak di ingini.. Minta lindung dengan Allah perkara -perkara buruk terjadi,” akhiri Jasmin.
Dalam pada itu, Jasmin juga ada berkongsi gambar bersama Ian dengan keputusan cemerlang itu.
“Sungguh mega!” Mungkin itu yang boleh diungkapkan MH selepas menonton konsert Siri Jelajah Siti Nurhaliza On Tour yang berlansung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Mengalunkan 31 buah lagu dan dua lagu duet bersama Tulus, penghibur terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampak konsisten dari segi vokal dan persembahannya.
Memang awesome dan tahniah buat semua produksi yang menjayakan perjalanan Siti Nurhaliza On Tour dengan jayanya.
Apapun, ini dia corat-coret menarik sepanjang konsert yang berlangsung lebih dua jam itu!
– Anak Tok Ti, Aafiyah yang turut hadir ‘menonton’ ibunya membuat persembahan mendapat tepukan gemuruh penonton saat melalui arena. Malah, Tok Ti sempat bergurau dengan penonton dengan ayat “Aafiyah…anak ibu”.
– Menerusi segmen pembukaan, Tok Ti sengaja membuka tirai persembahan dengan lagu-lagu tradisional dalam usaha mengangkat martabat genre muzik itu. Malah, dedikasi buat Allahyarham Pak Ngah turut menarik perhatian.
– Keluarga Allahyarham Pak Ngah dan Adnan Abu Hassan turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap Tok Ti. Kedua-dua figura berkenaan memang sinonim di dalam perjalanan seni artis berkenaan.
– Tok Ti turut sempat meluahkan kesedihan terhadap peristiwa sedih yang berlaku di dalam dan luar negara, sambil sedekahkan Al-Fatihah.
– Ketika Tok Ti menyanyikan lagu Hati Kama, penonton kagum dengan replika wayang kulit yang ‘menari-nari’ di lantai arena.
– Genap 20 tahun, konsert Siti Nurhaliza On Tour dilangsungkan di veneu sama.
– Rakan artis turut hadir memberikan sokongan buat penyanyi ulung ini. Antaranya Khai Bahar, Siti Sarah serta Shuib, Dayang Nurfaizah, Anne Farina dan ramai lagi.
– Persalinan gaun kembang rona merah cili rekaan Fizi Woo yang dikenakan Tok Ti cukup unik kerana ia turut disulam dengan bait-bait lirik lagu di bahagian hadapan gaun.
– Sebagai kelainan, Tok Ti turut menyanyikan lagu ucapan hari jadi buat semua peminatnya yang lahir pada bulan ini dan membuka peluang buat audiens memilih lagu untuk Tok Ti nyantikan secara acapella.
Foto: Instagram selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program yang paling dinanti-nantikan setiap kali menjelang Syawal, Bombastika Raya 2026 kembali menemui penonton tahun ini dengan konsep yang lebih segar, meriah dan penuh warna-warni.