Pasangan selebriti, Gummy dan Jo Jung-suk dijangka akan berkahwin tidak lama lagi.

Perkara tersebut disahkan bakal pengantin lelakinya, baru-baru ini.

“Kami merancang untuk berkahwin pada musim luruh ini, kedua-dua belah keluarga masih belum berjumpa untuk berbincang mengenai perkara ini.

“Masih banyak perkara yang perlu dibincangkan dan saya sendiri sibuk mempromosikan filem terbaru saya, Hit and Run.

“Namun, kami akan sentiasa mencintai satu sama lain dan hidup bersama-sama,”katanya.

Menerusi laporan Ilgan Sports, tarikh kahwin akan diputuskan setelah kedua-dua keluarga berbincang.

Long-Term Couple Jo Jung Suk Dan Gummy Bakal Bersatu Tahun Ini, Selepas 5 Tahun Bercinta!

IKLAN

Dalam pada itu, agensi Gummy, C-Jes Entertaiment juga turut mengeluarkan kenyataan serupa.

“Benar, Gummy dan Jo Jung-suk merancang untuk berkahwin namun tarikh sebenar masih belum diputuskan.

“Majlis tersebut adalah tertutup. Kami meminta sokongan dan restu anda semua untuk masa depan pasangan tersebut,” tulis kenyataan itu.

Pasangan tersebut bercinta sejak tahun 2013 dan hubungan mereka diketahui umum pada tahun 2015.

IKLAN

Walaupun sudah 5 tahun bersama, hubungan mereka kekal utuh dan peminat mendoakan kedua-duanya berkahwin.

Long-Term Couple Jo Jung Suk Dan Gummy Bakal Bersatu Tahun Ini, Selepas 5 Tahun Bercinta!

IKLAN

Sementara itu, Gummy popular dengan lagu You Are My Everything yang merupakan lagu tema drama Descendent Of The Sun manakala Jo Jung-suk turut populat dengan drama seperti Jealousy Incarnate dan Oh My Ghost.

Sumber: Soompi

Foto:Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI