Lok-U Meninggal Dunia

Share

Pengarah muzik popular Faizal Uzir atau lebih popular dikenali sebagai Lok-U dilaporkan baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Allahyarham Lok-U yang berusia 46 tahun difahamkan sesak nafas selepas berjogging.

Jenazah kini berada di Hospital Serdang untuk bedah siasat dan akan dibawa ke rumahnya di Puncak Jalil.

Arwah meninggalkan isteri, Jamariah binti Yusof dan empat orang anak, Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Allahyarham sering diberi tanggungjawab sebagai juri profesional dan mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.

Al-Fatihah.

IKLAN