Loca B Belanja Draf Awal Part Rapping Lagu Gila, Memang Gempak! – “I’m Sitting On My Couch Trying To Absorb Everything.”

Share

Rapper, Loca B baru-baru ini ada berkongsi momen manisnya bersama trofi anugerah utama Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) menerusi lagu Gila di Instagram.

Lagu yang dipersembahkan bersama Kaka Azraff dan Noki K-Clique itu dinobatkan sebagai juara, menewaskan 11 buah lagu lain yang bertanding pada malam kemuncak anugerah muzik tahunan itu pada Ahad. Gila dicipta mereka di samping Ezra Kong.

Bagaimanapun apa yang menarik, Loca turut berkongsi sepotong video pendek ‘draf’ awal bahagiannya di dalam lagu berkenaan kepada peminat. Sambil mengenakan telekung dalam rona hijau, Loca dilihat lancar melafazkan bait lirik.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memberikan dedikasi kepada yang terlibat di balik pembikinan lagu berkenaan.

“Swipe to see my first draft of GILA lyrics. It has been a journey. I’m sitting on my couch trying to absorb everything.

“Do I really deserve this? Ezra definitely is a GENIUS. I wrote my part and the flow but it wouldn’t be GILA without Kaka & Noki & Tuju. It’s not mine. It’s OURS. This song is beautiful,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, ada peminat yang turut menzahirkan ucapan tahniah selain berpendapat ia rezeki anaknya yang baru sahaja dilahirkan, Bintang Aiko.

Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat respon Loca.

Foto: Instagram Loca B

IKLAN