Pelakon, Nadzmi Adhwa muat naik video bersama rakan baiknya Ardell Aryana semalam, namun netizen lebih tertarik dengan kapsyen yang ditulisnya.

Nadzmi menulis mengenai isu ‘friendzone’ secara terang-terangan menujukannya kepada Ardell.

“Siapa pernah kena friendzone depan-depan? Bukan sekali tapi dua kali tau.

“Taknak dia kata, orang cakap orang yang mula-mula taknak nanti dah lama-lama orang yang kita taknak la orang yang paling kita sayang,” tulisnya.

Susulan itu, Ardell membalas kapsyen Nadzmi itu di ruangan komen.

IKLAN

“Serious aku nak TerMuntahhh baca ayat kau . Kau jangan mengada sgt eh, this is not you lah wa. Buat tebiat kau ni, malas la aku layan kau .

“Ayat ni salah 1 sebab aku reject cinta …. cehh, konon lautan berapi sanggup renangi , hantu & lipas pun nangisss ada hatiiii nak renangi api . Done tazkirah dari aku,” tulisnya.

“Lo Sampai Kapan Mahu Friendzone Gue?,” – Soal Nadzmi Adhwa Pada Ardell Aryana, Tapi…

IKLAN

Bagaimanapun, Nadzmi kemudiannya mengatakan bahawa dia hanya bergurau.

“Woi. haha. berani kau mempermainkan perasaan aku. apa bukti yang aku takut lipas haa??

“Sikit pun tak takut come onn. lo sampai kapan mau friendzone gue ha? hahahahhaa. alah kauu gurau pun tak boleh,” tulisnya pula.

IKLAN

“Lo Sampai Kapan Mahu Friendzone Gue?,” – Soal Nadzmi Adhwa Pada Ardell Aryana, Tapi…

Sebelum ini, netizen sudah ‘memberi restu’ kepada Nadzmi dan Ardell untuk ke fasa seterusnya namun kedua-duanya lebih senang berkawan.

Apa-apapun, kita doakan semoga jodoh diantara mereka kuat ya!

Foto/Instagram: Nadzmi Adhwa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI