Pelakon Lisdawati memuat naik sekeping foto mengenai kelahiran cahaya matanya yang ke kempat. Menerusi Instagram, pelakon filem KL Menjerit itu memanjat rasa syukur dan berterima kasih atas doa yang dititpkan buatnya.

Daripada gambar yang dimuat naik, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu tidak mendedahkan wajah anak lelakinya itu, tetapi ada berkongsi mengenai butir kelahiran.

[GAMBAR] Tahniah! Lisdawati, Fauzi Nawawi Selamat Sambut Cahaya Mata Keempat

Difahamkan, anak bongsu pasangan itu selamat dilahirkan pada Selasa, 24 Julai tepat jam 10.23 malam. Bayi seberat 3.54 itu dilahirkan di Hospital Pakar Al-Islam, Kuala lumpur.

IKLAN

[GAMBAR] Tahniah! Lisdawati, Fauzi Nawawi Selamat Sambut Cahaya Mata Keempat

Sehari sebelum kelahiran, Lisdawati turut berkongsi entri, memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.

IKLAN

“Assalamualaikum semua.. dikesempatan ini sy nak minta maaf pada semua yg mengenali diri kerdil ini . Jika ada kesilapan atas kekhilafan sy sebagai hamba Allah swt . Mohon seribu kemaafan .. Doakan sy di permudahkan segala urusan,” tulisnya.

[GAMBAR] Tahniah! Lisdawati, Fauzi Nawawi Selamat Sambut Cahaya Mata Keempat

IKLAN

Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Foto: Instagram Lisdawati

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI