Pengarah, Jinggo terharu selepas mendapat kiriman video daripada pelakon, Saharul Ridzwan yang menitipkan doa buat keluarganya di hadapan Kaabah.
Menurut Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya, dia juga turut tumpang gembira apabila Saharul telah mendapat seru dan dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki di kota suci, Mekah.
Malah, suami kepada pelakon, Sheila Rusly ini turut menyatakan rasa bangga dengan perubahan yang telah ditunjukkan oleh Saharul.
“Patutlah sehari dua ni terkenang kenangkan dia, Alhamdulillah, dia sudah dipilih Allah.
“Ke Kota Mekah bukan di ukur dari kehidupan yang susah dan mewah tapi dinilai dari hati yang luhur dan sejauh mana kita berserah
“Alhamdulillah, dia sudah bertemu Tuhan bukan baru bertemu Tuhan. Proud of you,” tulisnya.
Ads
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram pada Selasa, Saharul telah memanjatkan doa semoga Jinggo sekeluarga akan sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan segala amal kebaikkannya akan dikurniakan ganjaran syurga.
“Ya Allah, sis (Sheila Rusli) dan Abang Jinggo ini merupakan orang yang baik. Mereka banyak buat kebaikkan pada semua orang. Pertemukanlah aku dengan mereka. Asbab kebaikkan yang pernah mereka buat untuk semua orang, kau ampunkanlah dosa-dosa mereka, anak-anak, ibu ayah dan keluarga mereka.
“Jauhkanlah mereka daripada azab api neraka Ya Allah. Lindungilah mereka daripada keburukan dunia. Ya Allah, seandainya ada perkara yang tidak baik, kau hindarkanlah. Lindungilah dan masukkan mereka di dalam syurgamu.
“Seandainya ada rezeki yang tidak hadir, kau hadirkanlah rezeki-rezeki itu ya Allah. Letaklah mereka di dalam syurga bersama orang-orang beriman. Lama aku tak bertemu mereka. Periharalah mereka. Panjangkanlah umur mereka dan anak-anak ya Allah,” titipnya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak selain turut memuji hubungan akrab diantara Jinggo dan Saharul.
“Orang baik ramai sayang, tak perlu tunjuk sayang hari-hari tapi sekali dia menadah tangan mendoakan kita ditempat suci maka, hebatlah sayang dia pada kita.
“Aku pula yang menangis. Bukan senang orang nak mendoakan kita. Amin.
Ads
“Sebak dengar doa ni. Tengok Kaabah sayu hati mengalir laju je membasahi pipi. Ya Allah jemputlah aku dan keluargaku ke sana. Amin.
“Semoga Allah makbulkan doa-doa itu. aamiin.
“Sebak dan terharu. Alhamdulillah. Orang baik orang sayang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Saharul kini sedang berada di tanah suci untuk menjalani ibadah umrah bersama rakan selebriti yang juga merupakan penyampai radio terkenal, Faizal Ismail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ihsan Foto: Instagram Jinggo & Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti media sosial, Beby Tora Tora meluahkan rasa syukur selepas impiannya untuk memiliki sebuah kereja jenis Toyota Vellfire akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut Beby Tora Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie, sepanjang hidupnya, dia telah melalui pelbagai fasa bermula dengan hanya menaiki basa sehinggalah memiliki keretanya sendiri.
“Achievement unlocked !! Allahuakbar. Dari orang yang naik bas ke sana sini, tukar kepada motor, tukar kepada kereta kecik dan sekarang velfire.
“Thank you korang yang selalu support and thank you my husband and family,” tulisnya di Instagram.
Dikesempatan itu juga, Beby Tora Tora turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang sentias menyokongnya selama ini.
“Tahniah awak. Suka tengok semangat awak.
“Alhamdulillah, semoga terus maju jaya.
“Tahniah Kak Tira. Alhamdulillah rezeki bulan berkat ini.
“Tahniah. Orang cakap apa pun tak patahkan semangat Tira. Good luck Tira.
“Congrats Tora. You have prove that hardwork is the only stairways to success. Very proud of your achievement at such young age,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Beby Tora Tora terkenal menerusi kontennya yang bertemakan ulasan makanan atau ‘mukbang’.
Setakat ini, wanita berusia 23 tahun ini telah pun memiliki lebih 600,000 jmlah pengikut di Instagram.
Sekadar informasi, Beby Tora Tora telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang dikenali sebagai Apit Johari pada tanggal 1 Mac 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Beby Tora Tora
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir 30 tahun berada dalam industri seni, niat untuk menyanyikan lagu bergenre ketuhanan akhirnya tercapai buat vokalis kumpulan Umbrella, Zarul.
Tampil dengan single Syuhud Qalbu nyanyian bersama ahli kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris, Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 49, berkata dia tidak menunggu lama untuk menyatakan persetujuan untuk kolaborasi tersebut.
“Memang sejak dahulu lagi saya mengimpikan sebuah karya berbentuk kerohanian bersempena dengan bulan Ramadan.Dah lama sangat saya teringin sebenarnya.
“Setiap hari saya berdoa kepada Allah agar diberi rezeki yang tidak disangka-sangka dan Allah maha mendengar doa hambaNya.
“Akhirnya saya dihubungi Fitri Haris yang mengajak saya untuk berdeut dalam sebuah lagu dengannya,” katannya.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka itu berharap Syuhud Qalbu bukanlah lagu kerohanian pertama dan terakhir yang dinyanyikannya, sebaliknya berharap akan mendapat lebih banyak tawaran untuk menyanyikan lagu-lagu bergenre sedemikian.
“Saya fikir bila kita keluarkan lagu cinta sahaja, kita tukar lagu itu kepada cinta kepada Allah.
“Saya juga berharap selepas Syuhud Qalbu saya akan dapat lagi peluang untuk menyanyikan lagi lagu-lagu bergenre kerohanian selepas ini,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Zarul memulakan karier seni sebagai vokalis kumpulan Umbrella pada tahun 1994 sebelum ‘berehat’ sebentar selepas bergelar pramugara Malaysia Airline System (MAS).
Pada tahun 2016, Zarul kembali membuat ‘comeback’ menerusi program nyanyian Gegar Vaganza dan dia berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perlahan-perlahan kerjaya juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar kian menampakkan sinar apabila namanya kini sering menjadi sebutan di kalangan penggemar drama tempatan.
Bukan dikenali dek kontroversi murahan, sebaliknya bintang berusia 26 tahun ini tidak pernah menghampakan penonton dengan lakonan cemerlang.
Misalnya menerusi Projek: Anchor SPM, diikuti i-Tanggang: Mother of All Lies dan terbaharu Nusyuz Berkiblat Cinta.
Tidak mudah menyambar apa sahaja tawaran datang atas ‘tiket’ pengalaman, pemilik nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar mempunyai pandangan sebaliknya.
Jelas Nadhir, biarpun masih baru, dia selesa bersikap selektif dalam memilih tawaran dan menyusun strategi bagi memastikan kekal relevan dalam industri.
“Untuk menjadi seorang artis, perlu ada jangka hayat. Atas sebab itu, saya menjaga eksklusiviti supaya orang tidak bosan melihat saya di kaca TV.
“Selalunya selepas selesai satu projek, saya akan berehat dan fokus buat kerja lain dahulu. Saya bimbang kalau main ambil semua tawaran, penonton akan bosan dengan saya. Bahkan penerbit juga akan merasa sama.
“Saya rasa semua pelakon perlu lebih selektif, lebih-lebih lagi pelakon baru. Kita kena pastikan naskhah yang kita pilih itu, kita boleh sampaikan dengan baik atau tidak,” katanya.
Tambah Nadhir, dia juga mengutamakan kualiti dalam kerja dan mahu memberikan hasil terbaik kepada penonton.
“Sebagai artis baru, saya dan kawan-kawan ada misi dan visi untuk buat industri seni lebih menyinar. Jadi bagi melaksanakan misi itu, saya mengutamakan kualiti bekerja.
“Saya juga banyak belajar dengan senior-senior dalam industri dan sebab itu saya memilih jalan saya sendiri iaitu menjaga esklusiviti saya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nadhir Nasar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...