Ads

Lima Tahun Hidap Bipolar, Penyanyi Korea Selatan Meninggal Dunia Pada Usia 29 Tahun

Industri muzik Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi solo, Jin Denim telah menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu pada usia 29 tahun.

Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga mendiang menerusi satu kenyataan rasmi yang dikongsikan kepada umum menerusi Instagram penyanyi itu sendiri, sekali gus mengakhiri spekulasi dalam kalangan peminat susulan ketiadaan kemaskini di media sosial artis tersebut sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, mendiang telah bergelut dengan masalah gangguan bipolar sejak lima tahun lalu, selain mengalami simptom psikotik, dan menjalani rawatan secara berterusan sepanjang tempoh tersebut.

Walaupun begitu dalam kenyataan berkenaan, keluarga Jin Denim menjelaskan bahawa punca kematian penyanyi itu bukan disebabkan perbuatan membunuh diri, sebaliknya berpunca daripada kecederaan serius akibat insiden terjatuh yang berkait rapat dengan keadaan kesihatannya.

Ads

Lima Tahun Hidap Bipolar, Penyanyi Korea Selatan Meninggal Dunia Pada Usia 29 Tahun

Bagaimanapun, keluarga memaklumkan bahawa mendiang berusaha meneruskan kehidupan dan kerjaya seninya sebaik mungkin meskipun berdepan cabaran kesihatan mental yang berpanjangan.

Ads

Berita pemergian Jin Denim hanya diumumkan kepada umum pada tarikh yang sepatutnya menjadi hari ulang tahunnya yang ke-30, sekali gus menjadikan pengumuman tersebut lebih menyentuh emosi peminat serta rakan industri.

Untuk rekod, mendiang mula mencipta nama sebagai penyanyi solo menerusi pelancaran album sulung berjudul Dear, Stefi pada tahun 2021. Walaupun tidak tergolong dalam kalangan artis arus perdana, karya-karyanya menerima sambutan positif dalam komuniti muzik indie dan alternatif.

Ads

Selain aktif menghasilkan muzik, mendiang Jin Denim juga pernah terlibat dalam beberapa festival serta program muzik antarabangsa, membuktikan bakatnya yang diiktiraf di peringkat global.

Jenazah mendiang telah selamat dikebumikan di Evergreen Memorial Park, Anseong, wilayah Gyeonggi-do, Korea Selatan.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ia Sudah Hampir Siap…,” – Aeril Zafrel Belanja Hampir RM500,000 Renovasi...

Meskipun hasrat membina sebuah masjid baharu terpaksa ditangguhkan, ia tidak menghalang niat murni pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel untuk menyalurkan dana bagi proses renovasi sebuah masjid di kampung halamannya di Johor.
error: Hello. Cannot.