Lihat ‘Score’ GV9 Akhir; Jaclyn Victor Juara Dengan 85.86% Jauh Beza Markah Bob Yusof, 76.28%

Share

Markah paling tinggi telah pun berjaya diperoleh juara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), iaitu sebanyak 85.86% ketika saingan konsert akhir yang berlangsung, malam tadi.

Dengan kemenangan yang diraih, penyanyi lagu Ikut Rentakku ini berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, tajaan penginapan, percutian ke Paris dan trofi sumbangan Astro.

Malah, Jaclyn turut menerima RM2,000 selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Memukau Adabi.

Bob Yusof dengan 76.28% di kedudukan kedua sementara Shila Amzah pula mendapat tempat ketiga dengan markah 76.02%.

Shila membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.

Berikut ialah markah kesemua bintang akhir yang bersaing yang mana ia 100% diadili juri profesional;

Terdahulu, mereka diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang bersama juri jemputan, Edry Abd Halim.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN