Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad enggan mengulas panjang mengenai kemelut yang melibatkan isteri, anak-anak serta keluarga mentua seperti yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Menurut Nubhan, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan bersedia meletakkan segala kesalahan kepada dirinya sendiri.
“Berat untuk saya melalui ujian ini. Biarlah saya meletakkan kesemua kesalahan yang berlaku ini kepada diri saya sendiri. Perkara ini bukan mudah untuk saya hadapi.
“Saya rasa, cukup-cukuplah kita bercakap soal rumah tangga saya. Apapun yang terjadi, hal ini hanya melibatkan saya dan isteri.
“Apa yang orang luar tahu, itu hanyalah sedikit sahaja. Selebihnya, biarlah saya simpan sendiri,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Ada Untukmu itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas berakhirnya konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Nubhan turut menyambut baik saranan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, untuk menyelesaikan segala isu berbangkit secara peribadi.
“Memang itulah cara yang terbaik. Ketika ini, saya merasakan spekulasi sudah semakin banyak dan rancak bertebaran. Ada yang mengutuk dan cakap yang bukan-bukan.
Ads
“Apapun yang berlaku, saya masih dan akan terus menghormati isteri saya sebagai ibu kepada anak-anak saya.
“Kepada anda yang melihat apa yang berlaku di media sosial, tak perlu cakap yang bukan-bukan kepada isteri saya.
“Letakkan sahaja kesalahan itu pada saya. Gelar dan cakaplah apa sahaja kepada saya. Situasi ini harus dihentikan. Saya kini hanya mahu fokus pada anak-anak dan GV12.
“Bagilah saya ruang dan peluang untuk saya teruskan tanggungjawab di GV12 ini,” kongsinya lagi.
Ads
Anak-Anak & Ibu Jadi Sumber Kekuatan
Ketika ditanya bagaimana dirinya mampu terus kuat menghadapi ujian ketika ini, Nubhan akui anak-anak dan ibunya menjadi sumber utama kekuatannya.
“Anak-anak dan ibu adalah sumber kekuatan saya. Jika mereka tiada di dalam hidup saya, siapalah saya. Saya juga bersyukur kerana dapat sokongan daripada peminat dan kawan-kawan.
“Mereka beri kepercayaan kepada saya. Jika tiada semangat dan kepercayaan itu, rasanya saya pun tiada kekuatan untuk meneruskan persembahan.
“Saya tak nafikan GV12 ini memang memberikan tekanan. Jadi, saya memang memerlukan lingkungan-lingkungan yang bagus untuk menguatkan semangat saya,” kongsinya.
“Sementara itu, Nubhan turut meminta agar berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan dakwaan tidak benar mengenai keluarganya.
Ads
“Hentikanlah segala spekulasi dan permainan di media sosial. Janganlah bermain-main dengan status dan kata-kata yang buruk.
“Hidup ini ada dosa dan pahala. Hal rumah tangga ini, hanya saya dan isteri sahaja tahu. Hal-hal seperti ini tidak sedikit pun membawa kebaikkan kepada sesiapa.
“Lebih baik kita fokus kepada kehidupan sendiri dan doakan yang terbaik,” akhirinya.
Terdahulu, Nubhan menerima kecaman hebat netizen yang menuduhnya ego selepas didakwa mahu memisahkan anak-anak dengan ibu mereka.
Malah, timbul juga dakwaan kononnya ibu mentua Nubhan menuntut RM5 juta sekiranya dia mahu berpisah dengan anaknya itu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hantaran terkini yang dimuat naik pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila dia berkongsi momen istimewa teman rapatnya yang dikenali sebagai Maiya kini memeluk Islam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ben yang baru sahaja muncul dengan filem Legasi: Bomba The Movie pada Ogos lalu, turut menitipkan dedikasi buat wanita asal Filipina itu.
“Selamat datang ke agama Islam. Luangkan masa anda, belajarlah perlahan-lahan, nikmati keindahannya, dan ketahuilah anda tidak pernah keseorangan.
“Semoga Allah sentiasa melindungi anda. Semoga perjalanan ini membawa anda lebih dekat kepada kedamaian, tujuan, dan diri yang sebenar,” tulisnya.
Detik penuh bermakna itu berlangsung di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur dengan dihadiri insan terdekat.
Pelakon Nora Danish terus mencuri perhatian apabila tampil mempesona dengan imej berhijab sejak Julai 2024.
Penampilannya yang sopan namun kekal bergaya membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu berfesyen dengan penuh keanggunan dan keyakinan.
Melangkah ke dalam pesona Amber Oasis 2.0: Mirage, jenama fesyen Amber menampilkan koleksi yang menggabungkan keindahan padang pasir dengan sentuhan moden yang sofistikated.
Diilhamkan daripada kelembutan alunan pasir dan misteri miraj, setiap helaian dalam koleksi ini menyerlahkan keanggunan semula jadi serta femininiti yang halus.
Menurut Pemilik Amber dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, koleksi ini bukan sekadar memperkenalkan rekaan baharu, tetapi membawa mesej bahawa setiap wanita berhak untuk tampil anggun dan yakin dengan cara tersendiri.
“Amber Oasis 2.0: Mirage adalah lambang wanita moden yang berani, lembut dan penuh karakter. Kami mahu wanita berasa selesa dalam setiap helaian tanpa perlu berkompromi dengan nilai kesopanan.
“Fabrik yang digunakan juga dipilih dengan teliti supaya sesuai dipakai sepanjang hari tanpa rasa panas atau melekat di badan,” katanya.
Datuk Adzliana menambah, nama Mirage dipilih kerana menggambarkan ilusi dan bayangan indah seperti sesuatu yang tampak jauh namun mempesona, sama seperti pesona seorang wanita yang penuh rahsia dan daya tarikan tersendiri.
“Setiap potongan direka untuk meraikan keanggunan wanita daripada pelbagai latar usia dan personaliti. Ia adalah penghormatan kepada wanita yang kuat tetapi tetap lembut dalam gaya dan tutur,” jelasnya.
Dalam pada itu, tiga koleksi utama diperkenalkan di bawah Amber Oasis 2.0: Mirage, masing-masing membawa karakter berbeza yang meraikan keanggunan wanita moden iaitu Bella, Laila dan Medina.
Menggunakan fabrik ringan dan mudah digosok, koleksi ini memberi keselesaan maksimum tanpa mengorbankan gaya sekali gus meraikan keanggunan, kekuatan dan misteri seorang wanita.
Sementara itu, Nora Danish yang menjadi wajah utama kempen ini turut menzahirkan rasa bangga apabila dapat mewakili jenama yang meraikan keindahan wanita berhijab tanpa meninggalkan elemen fesyen.
“Saya percaya berhijab bukan penghalang untuk tampil bergaya. Apa yang penting ialah keselesaan dan keaslian diri.
“Koleksi ini juga sangat dekat dengan jiwa saya kerana ia memadukan kesederhanaan dengan keanggunan moden,” katanya lagi.
Pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage – A Secret by The Desert menandakan kesinambungan kejayaan Amber dalam memperkukuh kedudukannya sebagai jenama fesyen tempatan yang terus melangkah ke pentas antarabangsa melalui rekaan elegan, eksklusif dan bermakna buat setiap wanita.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sering berkongsi rezeki dengan membantu mereka yang memerlukan, pelakon Anzalna Nasir mengakui dapat merasai kemanisan daripada usaha murninya itu.
Menurut Anzalna, meskipun bantuan yang dihulurkan tidak seberapa, ia tetap memberi impak besar dalam kehidupannya.
“Tak pasti doa anak yatim yang mana satu Allah makbulkan. Sebenarnya, tak banyak pun saya belanja mereka. Cuma tanya apa yang mereka teringin nak makan.
“Niatnya cuma nak gembirakan hati mereka. Tapi SubhanAllah, pada hari yang sama juga, Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka pada saya,” tulisnya.
Perkongsian itu dibuat oleh pelakon drama Love You Mr. Arrogant menerusi sebuah hantaran di aplikasi Threads.
Dalam masa sama, Anzalna turut menyeru orang ramai supaya sentiasa melakukan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.
“Masya-Allah bila Allah nak bagi, sekelip mata saja boleh berlaku.
“Bukan untuk riak, cuma ingin berkongsi supaya kita semua ingat bahawa setiap kebaikan sekecil apa pun, pasti ada ganjarannya di sisi Allah,” kongsinya lagi.
Terdahulu, nama Anzalna sering menjadi perhatian kerana sifatnya yang pemurah.
Sebelum ini, tular di media sosial kisah mengenai Anzalna yang pernah membantu murid susah menyediakan peralatan persekolahan.
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu juga pernah membantu keluarga kurang berkemampuan membeli barangan dapur serta keperluan bayi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.